• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit

Oleh
Ismail NA
23 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Agihan untuk tahun kewangan berakhir 2020 adalah yang terendah sejak tahun 1990

Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit. Masyarakat Bumiputera di Malaysia semestinya sudah tidak asing lagi dengan Amanah Saham Bumiputera, badan pelaburan yang menjadi pilihan golongan ini untuk menyimpan tabungan masa depan sambil melabur untuk mendapatkan pulangan lebih.

Hari ini, ASB telah mengumumkan agihan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebentar tadi.

Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit
Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit

Agihan ini bakal memberi manfaat kepada 10.2 juta pelabur dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM 7.6 bilion.

Terendah Sejak Tahun 1990, ASB Umum Dividen 4.75% Dengan Ehsan 0.75 Seunit

Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama setiap pemegang amanah sempena ulang tahun ke 30 ASB

Dalam pada masa yang sama, setiap pemegang unit amanah saham bumiputera juga berpeluang untuk menerima ehsan sebanyak 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Menurut Tan Sri Dr. Zeti, prestasi tabung unit amanah ini kekal berada di tahap kompetitif meskipun pandemik melanda pada tahun ini. Jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini, agihan ASB terus mencatatkan agihan rendah selama 3 tahun berturut-turut, bermula dari tahun 2017 sebanyak 8.25%, tahun 2018 dengan 7.00% manakala tahun 2019 sebanyak 5.50%.

Walau bagaimanapun, jika difikirkan semula, ini bukanlah sesuatu yang begitu buruk kerana unit amanah saham milik penuh PNB ini masih boleh menjana keuntungan dengan agihan dividen kepada setiap pelabur. Lagi pula, lumrah pelaburan pasti ada untung dan rugi, bukan? Risiko pelaburan tetap ada dan tidak sama seperti anda menabung tanpa pulangan.

Apa-apa pun, teruskan amalan menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Premis Karaoke Berbilik Akan Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok Hari
Next Article Mencari Idea Masakan Lazat, Ini 5 Youtuber Masakan Malaysia Yang Mesti Anda Tonton

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?