I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak

Oleh Husna Hazmi 19 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Telaga tujuh dikatakan adalah tempat dimana tujuh orang puteri dari kayangan bermandi-manda.

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak. Kisah ini menceritakan mengenai misteri-misteri yang telah berlaku di telaga tujuh yang dikatakan sehingga hari ini masih didiami oleh tujuh puteri dari kayangan tersebut.

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak

Kisah Telaga Tujuh

Ada yang mengatakan cerita mengenai tujuh puteri ini sama seperti cerita lagenda tujuh puteri di langkawi. Tetapi menurut cerita penduduk di Kunak Sabah, mereka menceritakan bahawa telaga tujuh tersebut merupakan tempat dimana tujuh orang puteri dari kayangan bermandi-manda.Telaga tersebut dipercayai telah digali oleh seekor raksaksa yang bernama Bota, atas arahan Maharaja Awan Gemawan.

Setiap kali bulan purnama penuh, ketujuh-tujuh puteri tersebut akan turun untuk mandi di sungai permanis dara untuk mengekalkan kejelitaan mereka. Ketujuh puteri kayangan tersebut adalah puteri kesayangan Maharaja Awan Gemawan.

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Gambar sebagai hiasan

Pada malam bulan purnama penuh

Pada satu malam bulan purnama penuh, ketujuh-tujuh puteri telah turun untuk mandi-manda dan tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata pemuda yang sedang mengintai mereka.

Pemuda tersebut dengan perlahan-lahannya ingin mengambil pakaian ketujuh-tujuh puteri tersebut agar mereka tidak boleh pulang ke kayangan dengan harapan agar pemuda tersebut boleh mengahwini ketujuh puteri. Malangnya, ketika pemuda tersebut memegang pakaian puteri tersebut, pakaian tersebut tiba-tiba terbakar dan pemuda tersebut turut terkorban kerana meletup sendiri.

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
Gambar sebagai Hiasan

Ketujuh puteri menjadi halimunan

Maharaja Awan Gemawan yang mendapat tahu berita tersebut berasa terkejut dan terus mengarahkan gergasi kepercayaannya Bota, untuk melihat keadaan puteri tersebut. Setelah sampainya Bota ke bumi, dia mendapati ketujuh-tujuh puteri tersebut kesemuanya tidak berpakaian. Bota meninggalkan ketujuh-tujuh puteri tersebut besama Bayu Samudera yang telah menjadikan ketujuh puteri sebagai halimunan lalu Bota kembali ke Kayangan untuk memberitahu Maharaja Awan Gemawan.

Ketujuh-tujuh puteri tersebut tidak boleh kembali ke kayangan tanpa pakaian mereka. Akhirnya setelah hari bertukar menjadi tahun, Maharaja dan Permaisuri Kayangan telahpun mangkat dan kesemua puteri tersebut menjadi semakin jelita. Tetapi ketujuh-tujuh puteri tersebut terpaksa tinggal di bumi ditemani buragas.

Menurut cerita lisan orang tua-tua, kononnya hanya beberapa orang lelaki yang tertentu sahaja yang boleh melihat ketujuh-tujuh puteri tersebut bermandi-manda tanpa memakai pakaian. Namun, lelaki bertuah tersebut tidak boleh menceritakan tentang perkara tersebut kerana nasib yang malang akan ditimpa olehnya.

Beberapa insiden tragis telah berlaku dimana seorang lelaki telah menceritakan penampakkan nya dengan adik lelakinya. Malangnya lelaki tersebut telah mati terbakar tubuh badannya seperti terkena api.

Lagenda Penuh Misteri Di Sabah, Ketahui Kisah Tujuh Puteri Kayangan Telaga Tujuh Kunak
telaga tujuh

Tersembunyinya gua yang besar di dalam telaga yang paling besar

Penduduk di situ juga tidak berani untuk mengambil air telaga tersebut kerana mereka takut sesuatu yang malang akan menimpa mereka. Orang tua juga berpendapat bahawa di dalam telaga yang paling besar terdapat gua yang besar dan tidak pernah kering digunakan oleh ketujuh-tujuh puteri untuk bersembunyi dan mungkin bersama enam pemuda yang dikatakan hilang ketika bermalam di sana.

Lagi kisah menarik di sini untuk anda:

Ini Kisah Misteri dan Sejarah Tragis Di Sebalik Keindahan Tasik Biru Di Bau
2 Kehilangan Misteri Yang Diselesaikan Melalui Internet Selepas Beberapa Dekad
SUMBER : Bangi17pituh
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Airport Sandakan Ditukar Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Cetus Kemarahan Warga Sabah Airport Sandakan Ditukar Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Cetus Kemarahan Warga Sabah
Next Article Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan Mencuri Dan Pakai Pakaian Dalam Wanita, Penganggur Di Sabah Ini Dipenjara 24 Bulan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?