• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen

Oleh
Nazihah AN
18 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen

Wajar ke murid-murid dikenakan tindakan sebegini?

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen. Tidak dapat dinafikan, pihak pentadbir sekolah dan para guru memainkan peranan penting dalam memupuk disiplin murid di sekolah bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik.

Pelaksanaan hukuman juga merupakan salah satu cara untuk mendisiplin murid-murid. Dalam kertas kerja Sosiologi Pendidikan (MT 3303) ianya merupakan salah satu daripada kaedah atau cara pendidikan yang berkesan.

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen
Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen. Sumber gambar: FB Kuching Indah

Sebilangan murid-murid berdiri di hadapan pagar sekolah.

Susulan tersebar rakaman video di laman sosial menampakkan sebilangan murid sedang menunggu di hadapan pagar luar perkarangan sekolah di Kuching, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi terhadap perkara tersebut.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik oleh FB Kuching Indah hari ini pada pukul 1.54 tengahari tadi. Difahamkan bahawa video tersebut telah dirakam oleh individu pada 15 Ogos 2022 iaitu pada hari Isnin.

Lihat video di bawah:

Pagar ditutup pada pukul 7.00 jika ada perhimpunan pada waktu itu.

Menerusi perkongsian tersebut, dinyatakan bahawa sebilangan murid-murid terpaksa menunggu di luar pagar atas sebab lambat masuk sekolah. Turut dinyatakan bahawa murid-murid tidak dibenarkan masuk selepas jam 7.00 pagi.

Tambahnya, murid-murid hanya boleh dibenarkan masuk setelah perhimpunan selesai, iaitu pada pukul 7.50 pagi. Manakala untuk hari-hari lain, mereka tidak dibenarkan masuk sekolah selepas jam 7.20 pagi. Hal ini telah mengundang kecaman netizen.

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber gambar: FB Kuching Indah

Rata-rata di ruangan komen menyatakan bahawa keselamatan buat murid-murid adalah keutamaan buat para guru dan juga pihak pentadbir sekolah. Membiarkan murid-murid menunggu di luar sekolah akan mengundang kejadian yang tidak diingini.

Namun, ada juga yang menyokong tindakan sekolah ini kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mendisiplin murid-murid agar datang awal ke sekolah.

Tular Murid-Murid Disuruh Tunggu Luar Pagar, Sekolah Rendah Di Kuching Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber gambar: FB Kuching Indah

Tular pelajar sanggu taruh nyawa menyeberang sungai untuk ke sekolah. Baca pautan di bawah:

Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah

‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menjadi Trend Kini, Tahukah Anda Oyster Mentah Sebenarnya Undang Risiko Keracunan Makanan
Next Article Airport Sandakan Ditukar Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Cetus Kemarahan Warga Sabah Airport Sandakan Ditukar Lokasi Ke Filipina Dalam Google Maps, Cetus Kemarahan Warga Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?