• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

‘Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa

Oleh
Farisha
30 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kek lapis Pelangi dapat kemasyhuran antarabangsa dalam rancangan pertandingan baking Australia

‘Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa. Kuih lapis pelangi, pencuci mulut istimewa Asia Tenggara, menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas muncul dalam acara pertandingan baking Australia, The Great Australian Bake Off.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @binge di aplikasi TikTok, kuih lapis pelangi itu ditampilkan dalam segmen kuih bersama chef, pengarah dan hos rancangan masakan Inggeris, Rachel Koo dan chef Darren Purchese.

'Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa
Sumber: tiktok

Dalam pada itu, Khoo menggambarkan bagaimana kuih pelangi tersebut mengingatkannya pada zaman kanak-kanaknya, memetik siakapkeli.

Kuih lapis terkenal, mengingatkannya pada zaman kanak-kanaknya

“Bila melihat kuih ini, saya mesti tersenyum kerana kuih ini adalah kuih yang saya nikmati sewaktu saya kecil.

“Kuih lapis pelangi ini juga sangat terkenal di Asia Tenggara, dibuat dengan kelapa, tepung ubi kayu dan tepung beras,” ujarnya dalam klip tersebut menerusi sumber.

Difahamkan, perkara itu kemudiannya mengagumkan Purchese sehingga dia tidak boleh berhenti untuk menatap kuih tersebut disebabkan warnanya yang menyerlah. Kerana keistimewaan dan keunikannya, dia percaya kek itu sesuai untuk dipamerkan semasa Minggu Antarabangsa.

'Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa
Sumber: tiktok

Selain itu, Khoo turut mengambil peluang menceritakan bagaimana kuih tersebut dimasak kepada Purchese. Malah, Khoo juga mengatakan kuih tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai sembilan lapisan dengan warna yang tersendiri.

Mengajar cara memakan kuih pelangi

Dipercayai Khoo yang gembira dengan kuih itu kerana berjaya menarik perhatian Purchese turut mengajarnya cara untuk memakan kuih tersebut.

“Ia sebenarnya tidak memerlukan garpu dan sudu, jadi anda hanya ambil satu (lapisan), dan tarikannya. Kemudian masukkan ke dalam mulut anda.

“Terdapat sembilan lapisan, jadi penting bagi baker untuk mendapatkan kesemua sembilan lapisan. Hanya tarik sahaja dan masukkan ke dalam mulut,” ujarnya lagi.

@binge

Introducing this week’s technical bake: a rainbow lapis cake! #greataustralianbakeoff #gabo #thegreataustralianbakeoff #bakeoffaustralia #bakeoffau #darrenpurchese #rachelkhoo #rainbowlapis #rainbowlapiscake

♬ original sound – BINGE – BINGE

Netizen turut gembira kerana kuih itu masuk antarabangsa

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan keterujaan dan kegembiraan hidangan tersebut mendapat kemasyhuran antarabangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sajian Khas ‘Orang Lama’, Ini Resipi Kuih Bingka Biji Kelapa Sawit Yang Unik Dan Sedap
https://www.iloveborneo.my/jenis-kuih-tradisional-yang-digemari-oleh-anak-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Projek 'Sakit', Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu Tiada Lagi Projek ‘Sakit’, Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu
Next Article Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?