• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Projek ‘Sakit’, Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu

Oleh
Aina Musa
30 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tiada Lagi Projek 'Sakit', Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu

Bakal disiapkan pada tahun 2025

Tiada Lagi Projek ‘Sakit’, Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu. Kontraktor baharu dilantik bagi meneruskan pembinaan Jambatan Sebauh yang tertangguh, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, kontraktor Hartanah Construction and Development Senderian Berhad akan menyambung kerja-kerja pembinaan jambatan berkenaan dalam masa terdekat selepas kontraktor syarikat pembinaan terdahulu ditamatkan.

Tiada Lagi Projek ‘Sakit’, Kontraktor Baru Dilantik Teruskan Pembinaan Jambatan Sebauh Bintulu. Kredit: UKAS

“Kontraktor terdahulu telah dihentikan bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan jambatan memandangkan ia ditangguhkan sejak tiga tahun lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan selepas lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Sebauh.

Beliau berkata, walaupun sekitar 50.61 peratus daripada kerja-kerja projek pembinaan bernilai RM89 juta itu telah dilaksanakan namun kontraktor terdahulu gagal meneruskan kerja-kerja selanjutnya.

Keadaan ini jelasnya, menyebabkan kerja pembinaan jambatan itu menjadi projek yang tertangguh atau dalam kategori sakit.

Uggah berkata, kontraktor baharu itu akan diberi dalam tempoh dua tahun atau sekurang-kurangnya menjelang tahun 2025 bagi menyiapkan kerja pembinaan yang selebihnya.

“Walau bagaimanapun kerajaan telah meminta mereka supaya cuba menyiapkannya lebih awal dari tempoh ditetapkan atau dalam tempoh 18 bulan,” jelas beliau.

Beliau berkata, kerajaan masih berunding dengan pihak pemaju mengenai kos baki kerja selebihnya.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan (MIPD) berkata, ementeriannya kini turut memantau rapi pembinaan 11 jambatan dalam projek jalan pesisir dan projek jalan-jalan balak fasa ke-2.

Beliau dalam masa sama mengingatkan setiap kontraktor agar menyiapkan semua projek yang diamanahkan agar setiap projek siap sebagaimana yang dijadualkan.

Sementara itu kata Uggah, setakat ini hanya 32 projek tertangguh sama ada di peringkat negeri dan persekutuan.

Daripada jumlah itu ujarnya, 10 adalah projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Tetap MIPD Chiew Chew Yau antara yang hadir.

Baca lagi artikel menarik:

‘Tak Sabar Tengok Dah Siap,’ Netizen Teruja Lihat Pembinaan Jambatan Kaca Baru Di Sabah
Abang Jo: Lawas Menyerupai Hungary Di Eropah Dengan Jambatan Baharu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ancaman Wabak X Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia
Next Article ‘Mendunia’ Di Australia, Kek Lapis Pelangi Muncul Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?