• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini

Oleh
Nazihah AN
15 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Mengaku Dirinya Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Agar Berwaspada Terhadap Lelaki Ini

Awas ibu bapa, lelaki ini masih berlegar di luar sana

Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini. Pedofil ini merupakan jenayah yang sangat berat dan dikhuatir oleh ramai. Luaran nampak macam normal, tetapi individu ini mengalami kecelaruan seksual dan mempunyai tarikan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Terbaharu, netizen dedah aktiviti yang tidak bermoral sekaligus memberi kesedaran kepada orang ramai untuk berwaspada dengan lelaki ini.

Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini. Sumber: Facebook

Pernah bekerja di Malaysia menjadi model dan pengacara

Menerusi perkongsian di laman Twitter seorang pengguna dengan nama @waniardy, beliau dedahkan aktiviti lelaki ini, yang bernama Josiah G. Mizukami yang masih aktif untuk menyebarkan kultus hingga sekarang.

Josiah yang pernah bekerja di Malaysia untuk menjadi model, host dan juga pelakon bahkan juga pernah dipaparkan dalam rancangan televisyen iaitu Hot Guys Who Cook (2012). Dia berasal dari Hawaii dan menetap di Kuala Lumpur, Malaysia.

MALAYSIA, KITA ADA PEDO & CULT LEADER IN THE MAKING. Thousands followers. Romanticises pedophilia (incest & zoophilia too), described it as beautiful, loving, harm-free, democratic. Said a 3-5y/o can give consent. Ngaku ada kawan² pedo & underage suka dia.https://t.co/ltV2CNsobQ pic.twitter.com/nRS7IqNhBv

— guritno purwakanti (@waniardy) October 14, 2022

Katanya, kanak-kanak berumur 3-5 tahun sudah boleh memberi kebenaran untuk hubungan seksual

Difahamkan bahawa Josiah kini, aktif menyebarkan pemahaman dirinya untuk menegakkan jenayah pedofil dengan mengatakan bahawa kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun ini boleh memberi kebenaran walaupun untuk hubungan seksual. Bahkan dirinya turut buka kepada umum bahawa dirinya sokong aktiviti pedofil.

Josiah turut memuat naik video di laman sosial nya dengan memberi penerangan sesat seperti menyokong dan ‘romanticize‘ kan pedofil, sumbang mahram, dan juga zoophilia (tarikan seksual terhadap haiwan).

Dalam perkongsian video berdurasi 51 minit ini, Josiah turut mengaku bahawa dirinya pernah dan masih ada hubungan dengan kanak-kanak bawah umur.

Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini
Tangkapan layar: Twitter @waniardy

Dakwa dirinya Tuhan dalam setiap media sosialnya

Menjijikkan. Tidak hanya menyokong pedofil, dia turut mengaku bahawa dirinya Tuhan bahkan menggunakan nama The God of Israel untuk akaun Reddit. Dia turut menggelarkan kawan-kawannya yang juga pedofil sebagai Tuhan.

Kegiatan sesat seperti menyokong jenayah Pedofil ini boleh memberi kecenderungan kepada orang ramai untuk melakukannya. Perkara normalize sebegini tidak patut diteruskan. Kanak-kanak harus dijaga bukan dijadikan bahan kepuasan pedofil.

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan penduduk di luar negara turut mengecam tindakan Josiah kerana telah menyokong perbuatan yang tidak bermoral itu.

Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini
Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini. Sumber: Facebook
Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini
Sumber: Facebook

Ciapan ini yang dimuat naik semalam telah tular dan sehingga artikel ini diterbitkan, ciapan ini telah mendapat lebih 3,180 ulang kicau di Twitter.

Pendedahan netizen ini mengingatkan agar orang ramai terutamanya ibu bapa untuk sentiasa memantau media sosial anak-anak dan bersama kita membanteras aktiviti ini seperti ‘report’ terhadap akaun Josiah.

Lagi artikel berkaitan yang anda boleh baca. Lihat pautan di bawah:

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan
Terjumpa Laman Web ‘Syurga Pedofilia’, Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong
Next Article Rotiboy Bakal Buka Cawangan Terbaharu Lagi Di Emart Batu Kawa Rotiboy Bakal Buka Cawangan Terbaharu Lagi Di Emart Batu Kawa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?