• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong

Oleh
ILB - AI
15 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Batu mirip kepala seekor buaya terdampar di tepi Pantai Santubong

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Pantai Santubong adalah sebuah destinasi yang menjadi kewajiban untuk dilawati oleh para pengunjung yang berkunjung ke bumi Kenyalang. Bukan sahaja keindahan pantainya yang menjadikan ianya tarikan utama di Kuching tetapi terdapat satu batu misteri yang wujud di pantai tersebut.

Batu Buaya atau lebih dikenali oleh orang Sarawak sebagai Batu Boyak adalah sebuah batu yang benar-benar mirip seperti kepala seekor buaya yang terdampar di tepi pantai. Namun, tahukah kita bahawa Batu Buaya ini memiliki kisah lagenda yang menjadi legasi turun-temurun masyarakat setempat?

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: Sailingstone TRAVEL

Batu Buaya atau Batu Boyak, kepala buaya yang dipotong dan disumpah

Batu Buaya yang terdapat di tepi Pantai Santubong ini dipercayai adalah kepala seekor buaya yang telah dipotong oleh Datu Merpati Jepang atas alasan buaya ini sedang melakukan proses berpasang-pasangan dengan buaya yang lain semasa Datu Merpati Jepang menunaikan solat Zohor.

Oleh kerana merasa terganggu, Datu Merpati Jepang telah melibaskan parang miliknya sehingga bercerai kepala dan buaya tersebut.

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: WADD! MEDIA

Bahkan, dengan rasa marah yang membuak tersebut juga kerana fokusnya ketika solat terganggu, Datu Merpati Jepang telah menyumpah kepala tersebut menjadi batu. Jadi, Batu Buaya yang menjadi mercu Pantai Santubong tersebut memiliki kisah tersendiri.

Dipercayai ada misteri kerana jadi tempat minta nombor ekor

Bukan itu sahaja, Batu Buaya ini juga dipercayai memiliki misterinya yang tersendiri dimana dipercayai bahawa ada sesetengah orang melawati batu ini untuk tujuan mendapat nombor ekor. Hal ini dibuktikan dengan penemuan orang kampung dahulu bahawa terdapat beberapa colok disekitar batu tersebut.

Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong
Dalami Kisah Lagenda Disebalik Batu Buaya Di Pantai Santubong. Sumber gambar: Sailingstone TRAVEL

Begitulah lagenda dan kisah disebalik Batu Boyak yang menjadi salah satu tarikan untuk pergi ke Pantai Santubung.

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui tempat menarik yang lain yang ada di sekitar Kuching:

Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah
https://www.iloveborneo.my/ini-6-tempat-menarik-sekitar-kuching-serian-yang-boleh-anda-lawati-semasa-cuti-sekolah/
SUMBER :Sailingstone TRAVELWADD! MEDIA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sering Dilihat Bawa Anak Guna Stroller Sekitar Kuching, Keadaan Mat Salleh Ini Undang Prihatin Netizen
Next Article Mengaku Dirinya Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Agar Berwaspada Terhadap Lelaki Ini Mengaku Tuhan Dan Sokong Pedofil, Netizen Gesa Untuk Berwaspada Dengan Lelaki Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?