• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Terjumpa Laman Web ‘Syurga Pedofilia’, Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak

Oleh
ILB - AI
5 Ogos 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Terjumpa Laman Web 'Syurga Pedofilia', Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak

Penemuan yang sangat menjijikan

Terjumpa Laman Web ‘Syurga Pedofilia’, Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Dengan Aktiviti Online Anak-Anak. Children are a symbol of innocence, mereka adalah pembawa riang dan ceria kepada keluarga. Mereka hanya bergantung kepada ibu bapa mereka atau mana-mana penjaga yang bertanggungjawab atas mereka untuk pastikan mereka dilindungi, disayangi dan membesar dalam persekitaran yang selamat.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir dewasa jijik yang mengeksploitasi kanak-kanak demi memuaskan nafsu mereka.

Seorang wanita kongsikan beberapa keping tangkap layar memaparkan sebuah laman web syurga pedofilia menerusi Facebook, dimana gambar kanak-kanak dimuat naik dalam laman web itu untuk tujuan membangkit nafsu para pedofil.

Terjumpa Laman Web 'Syurga Pedofilia', Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak
Terjumpa Laman Web ‘Syurga Pedofilia’, Wanita Ini Gesa Ibu Bapa Waspada Aktiviti Online Anak-Anak

Mula-mula menaip ‘kids‘ tanpa tujuan lebih, wanita ini terjumpa beberapa buah album memaparkan gambar kanak-kanak dipenuhi dengan komen menjijikan dari para pedofil

Wanita tersebut, Taylor Cheser, menjelaskan beliau terjumpa laman web tersebut ketika menaip ‘kids’ dalam ruangan carian.

“Ia hanya pencarian yang innocent. Gambar-gambar dimuat naik pun innocent. Tetapi, komen-komen disana tidak innocent,” katanya.

Menurut beliau, terdapat juga beberapa alamat e-mel di akaun-akaun dalam laman web berkenaan.

“Privatekan profil anda. Ini sangat menjijikan! Terdapat predator di mana-mana sahaja, dan mereka akan menyatakan apa yang mereka suka secara terbuka. Mereka bersembunyi dalam penyemak imbas tanpa nama dan disebalik VPN,” beliau amarankan.

Tambahnya lagi, terdapat beribu album lagi seperti yang dijumpainya, dan mungkin dalam berjuta keping gambar kanak-kanak dalam laman web itu.

Berikut adalah antara gambar yang dikongsi oleh beliau menerusi Facebook. Muka kanak-kanak terbabit dipadam untuk keselamatan.

Yang lebih mendasyatkan lagi, beliau mendapati salah satu akaun dalam laman web berkenaan merupakan ibu atau bapa kepada anak yang dieksploitasikan.

“Ibu atau bapa itu memang sedar apa yang dikatakan kepada anak dia, dia mungkin ‘menggadaikan’ anaknya untuk perkhidmatan atau pornografi dari segi pencakapan dia menerusi komen-komen, dan memang sedar dengan situasi tersebut,” kata Taylor.

Seperti gambar berikut, ia jelas tukang muat naik gambar ialah ibu atau bapa kepada kanak-kanak terbabit.

“Tolong awasi apa anak-anak anda sedang buat!”

Dalam kemas kini terbarunya, beliau dalam proses memastikan anak-anak dia tidak berada di dalam laman web tersebut.

“Saya sedang mencari petunjuk untuk melaporkan orang-orang sebenar. Seseorang baru-baru ini telah membuat beberapa ciapan di laman web berkenaan menunjukkan kanak-kanak sedang bercakap dengan pedofil secara langsung!”

Beliau jelaskan lagi, kanak-kanak perempuan ditangkap layar menunjukkan seluar dalam mereka, payudara, membongkok, memasukkan barang ke dalam mulut, kawasan peribadi mereka, dan lain-lain.

“Ibu bapa, TOLONG PANTAU APA YANG DILAKUKAN ANAK ANDA. Letakkan kawalan ibu bapa pada alat peranti elektronik mereka, saya tak kisah berapa umur mereka! Terdapat kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun menunjukkan tubuh mereka umpama diarahkan. Saya tidak pasti apakah aplikasi tersebut, tetapi saya akan cuba mengetahui dengan lanjut untuk pengumuman kemudian,” ujarnya lagi.

Beliau juga menggesa ibu bapa untuk periksa dengan menyeluruh alat peranti elektronik anak-anak mereka.

“Para pedofil ini boleh sahaja tangkap layar Snapchat kanak-kanak anda. Jangan biarkan anak anda mempunyai aplikasi Snapchat. Perlu diingat bahawa ada aplikasi yang menyamar seperti aplikasi lain dan boleh membuatnya nampak bukan seperti yang dijangkakan,” kata Taylor.

Aplikasi Snapchat ialah sebuah aplikasi pemesejan multimedia, dimana ciri-ciri utamnya ialah gambar dan mesej biasanya hanya tersedia untuk waktu yang singkat sebelum ia tidak dapat diakses oleh penerima mereka.

Jadi kepada para ibu bapa dan/atau penjaga kanak-kanak, sentiasa pantau aktiviti online anak anda. Kita tidak tahu siapa yang bersembunyi dalam bayang-bayang internet, menunggu masa yang tepat untuk mengeksploitasi anak anda.

Pastikan anda turn on kawalan ibu bapa (Parental Control) pada alat peranti elektronik anak-anak anda untuk memastikan ruangan yang selamat untuk anak-anak anda.

TikTok didedahkan sebagai pengumpulan data peribadi yang menyamar sebagai media sosial:

PDRM juga memberi amaran kepada ibu bapa mengenai bahaya TikTok

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persis Skala Letupan Bom Atom, Kota Beirut Di Lubnan Hancur Sekelip Mata
Next Article Semangat ‘Anak Kampung’, Penyanyi Jimmy Palikat Mahu Jadi Calon Bebas PRN Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?