• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Arca Rentap Pakai Baju Macam Hang Tuah? Teguran Netizen Disambut Baik Pihak Muzium

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rentap @ Libau anak Ningkan, pahlawan Iban.

Arca Rentap Pakai Baju Macam Hang Tuah? Teguran Netizen Disambut Baik Pihak Muzium. Sebagai anak jati Sarawak, kita semua pasti tahu bahawa Rentap @ Libau anak Ningkan adalah pahlawan Sarawak yang berbangsa Iban. Pemakaian beliau seperti yang kita sedia maklum adalah Baju Burung, menggunakan sirat atau kain cawat dan Dandong.

Namun, pemakaian ini tidak dipamerkan sedemikian pada sebuah arca di salah sebuah muzium di Malaysia.

Kecelaruan Pemakaian Baju Untuk Arca Rentap, Teguran Disambut Baik Pihak Muzium
Kecelaruan Pemakaian Baju Untuk Arca Rentap, Teguran Disambut Baik Pihak Muzium. Sumber gambar: FB Arbunk Azharuddean

Isu berlarutan tanpa penyelesaian yang sewajarnya.

Walaupun telah menjadi isu untuk beberapa tahun kebelakangan ini, namun isu ini dibangkitkan semula oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Arbunk Azharuddean kerana bagi beliau isu ini masih berlarutan tanpa tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dengan keberaniannya menghantar mesej kepada pihak Muzium Tentera Darat berkaitan isu ini, hal ini tular semula kerana ini bersangkut paut dengan sensitiviti kaum terutamanya untuk masyarakat Iban di Sarawak sekaligus mahukan penjelasan tentang isu ini.

Kecelaruan Pemakaian Baju Untuk Arca Rentap, Teguran Disambut Baik Pihak Muzium
Sumber gambar: FB Arbunk Azharuddean

Menurut perbualan Arbunk dan pihak muzium, arca Rentap tersebut dipamerkan dengan berbaju tradisional kaum Melayu Iitu hanyalah mengikut salasilah sejarah kejadian. Namun, pihak muzium tidak dapat memberikan bukti kukuh tentang salasilah sejarah kejadian yang dimaksudkan.

Oleh kerana gagal mengemukakan bukti tersebut, pihak muzium juga ada memberi penjelasan bahawa terdapat sesetengah pihak yang bertanggungjawab untuk pameran ini adalah kakitangan yang baru bertugas dan mungkin mereka terlepas pandang.

Arca disimpan dari tatapan umum.

Daripada untaian perbualan ini juga, pihak muzium juga telah memaklumkan semula kepada Arbunk bahawa mereka telah memutuskan untuk menyimpan arca Rentap dari tatapan umum buat sementara waktu sehingga pihak muzium mendapat peruntukan baharu untuk membina arca Rentap.

Kecelaruan Pemakaian Baju Untuk Arca Rentap, Teguran Disambut Baik Pihak Muzium
Sumber gambar: FB Arbunk Azharuddean

Tindakan Arbunk telah mendapat pujian daripada netizen kerana keberaniannya menegur pihak muzium. Lebih melegakan, teguran beliau juga telah disambut baik oleh pihak muzium dan membuatkan pihak muzium mengambil tindakan segera.

Netizen juga memuji sikap pihak muzium yang berani mengakui kesilapan dan segera membuat pembetulan sejarah.

Kecelaruan Pemakaian Baju Untuk Arca Rentap, Teguran Disambut Baik Pihak Muzium
Sumber gambar: FB Arbunk Azharuddean

Haa macam tu lah. Jangan lah asyik nak tegur dalam nada yang menggertak atau agresif. Lebih penting, hubungilah mereka melalui saluran yang betul. Mesti akan ada jalan penyelesaiannya.

Sempena sambutan Hari Sarawak hari ini, jom kita baca juga artikel sejarah berkaitan wilayah Sarawak yang tercinta:

SUMBER :FB Arbunk Azharuddean
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser
Next Article Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?