Sebuah video TikTok tular menunjukkan seorang lelaki ‘buli’ seorang kanak-kanak ‘pilak’
Video ‘Buli Pilak’ Tular Di TikTok, Wanita Ini Tampil Bagi Penjelasan Sebenar. Baru-baru ini viral di TikTok sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki ‘membuli’ kanak-kanak ‘pilak’.
Video yang dirakam sendiri oleh lelaki itu menunjukkan kanak-kanak itu melihat sejumlah wang yang bertaburan di atas kerusi kereta melalui tingkap kereta lelaki tersebut ketika lelaki itu berhenti di lampu isyarat.
Video asal itu telah mendapat 1.8 juta tontonan pada masa penulisan dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen, dengan respons negatif daripada netizen dari Semenanjung. Difahamkan, mereka nyatakan perbuatan lelaki itu ‘sangat kejam’ dan mereka bersimpati dengan kanak-kanak itu.
Namun, seorang wanita Sabah tampil membela lelaki itu dan menjelaskan mengapa tindakannya adalah wajar, dengan ramai penduduk tempatan Sabah bersetuju dengan kenyataannya.
“Kalau awak bukan orang Sabah dan tidak pernah menemui salah seorang daripada mereka ini, awak takkan tahu mengapa kami berbuat demikian,” – Evon
Kepada mereka yang tidak pernah mendengar perkataan ‘pilak’, ia adalah istilah tempatan Sabah bagi pengemis pendatang asing tanpa izin (PATI).
Difahamkan mereka bertaburan di seluruh negeri Sabah, biasanya dilihat mengemis di jalanan, dengan kebanyakan mereka dilaporkan berada di Lahad Datu tetapi turut ditemui di Kota Kinabalu serta pelbagai tempat utama di Sabah juga.
Berbalik kepada video itu, wanita tersebut, @evoncutie6446 atau juga dikenali sebagai Evon, menjelaskan mengapa tindakan lelaki itu wajar dan mengapa ramai rakyat Sabah sudah fed-up dengan golongan ‘pilak’ ini.
Menurut Evon, kanak-kanak dalam video asal lelaki itu adalah anak dari keluarga PATI dan Evon menjelaskan bahawa kanak-kanak ‘pilak’ terkenal kerana berjalan di antara kereta untuk mengemis dengan ‘muka jahat.’
Itu memang perangai diorang tau, kenapa kita sebagai orang tempatan tak suka diorang sebab diorang sentiasa meminta derma dari orang lain dan apabila kita tak bagi duit, diorang akan pukul kita punya kereta, akan meludah kat kita, semua tu. They are not nice at all! Jangan kesiankan diorang!”
ujarnya lagi.
“Jalan raya kotor disebabkan diorang, bukan orang tempatan,” – Evon
Tambahnya lagi, golongan ini juga menjadi punca kekotoran jalan raya Sabah dan Evon turut mengecam sikap mereka yang bersikap “kurang ajar” terhadap penduduk tempatan meskipun warga PATI.
Jadi mengapa kita melakukan ini? Mengapa kita merakam mereka dan mempersendakan mereka? Mengkritik mereka? Disebabkan diorang banyak kali buat benda-benda jahat dekat kita, orang tempatan Sabah,”
katanya lagi.
Evon juga menyatakan bahawa mereka bukan tiada belas kasihan terhadap golongan ini, tetapi segala bantuan yang dihulurkan hanya dilakukan dengan sia-sia.
Bukan kita tak kesian mereka, tetapi bila kita tolong, diorang buat jahat lagi. Lepas tu bila tak tolong, diorang lagi lah jahat kepada kita,”
tambahnya lagi.
Beliau kemudian mengakhiri videonya dengan mengatakan bahawa mereka yang masih bersimpati dengan kumpulan ini harus mengalaminya sendiri sebelum mengatakan apa-apa.
Awak sendiri perlu mengalaminya sendiri dahulu. Awak datang ke KK, awak tinggal di sini selama sebulan atau dua minggu, awak sendiri cuba mengalami ini. Pergi je ke mana-mana jalan di KK, diorang datang kacau, awak akan tahu perasaan itu.”
katanya.
Anda boleh lihat video Evon menjelaskan perkara tersebut di bawah:
“Hanya orang Sabah sahaja tahu. Orang luar tak akan faham,” – netizen
Rata-rata warga Sabah setuju dengan kenyataan Evon, dengan kebanyakan mereka berkongsi pengalaman mereka dikacau oleh golongan ‘pilak’ ini.
Antaranya seperti:
Malah, terdapat juga non-Sabahan yang berkongsi pengalaman mereka dikacau oleh golongan ini:
Mengapa isu ini masih berterusan?
Bagi mereka yang mempersoalkan mengapa ini adalah isu yang berterusan dengan apa yang seolah-olah tiada tindakan diambil daripada pihak berkuasa, nampaknya keadaan sudah tidak terkawal.
Menurut komen, warga Sabah menyatakan bahawa tidak kira berapa kali pihak berkuasa menghantar pulang golongan ‘pilak’ ini ke negara asal mereka, mereka entah bagaimana berjaya kembali masuk ke Sabah.
Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Pernahkah anda dikacau oleh golongan ini juga ketika berada di Sabah? Apakah penyelesaian sesuai untuk menghadapi masalah ini?