• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza

Oleh
Nazihah AN
16 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza

3 premis ini dikompaun atas 4 kesalahan yang berbeza

Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza. Baru-baru ini, Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri telah mengeluarkan empat kompaun bernilai RM1,400 melalui operasi di bandar ini.

Operasi pemantauan barangan itu dijalankan oleh lima orang pegawai KPDNHEP Miri bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau melakukan kesalahan di bawah akta diwarta kerajaan.

Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza
Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza. Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Operasi ini telah bermula dari 12 hingga 14 Ogos 2022.

Dipetik dari Utusan Borneo, Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil berkata terdapat dua kes melibatkan peniaga di Pasar Muhibbah kerana gagal meletakkan label merah jambu pada barangan terkawal iaitu telur Gred B dan Gred C.

Kedua-dua kesalahan terbabit didakwa dengan kompaun bernilai RM200 setiap satu.

Peniaga yang sengaja menaikkan harga tanpa alasan yang munasabah dengan niat untuk membuat keuntungan tinggi berlebihan, akan dikenakan tindakan di bawah AKHAP 2011″

Ketua KPDNHEP Miri Joe Azmi Jamil
Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza
Sumber gambar: FB KPDNHEP-Miri

Gagal meletakkan label berwarna merah jambu

Manakala satu kes melibatkan pertubuhan yang menjual ayam pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan yang ditetapkan dalam Akta Kawalan Harga dan Anti Keuntungan (AKHAP) 2011. Pemilik pertubuhan itu dikenakan bayaran sebanyak RM500.

Satu lagi kes melibatkan kesalahan menjual pada harga rendah tanpa kebenaran sehingga didenda RM500.

Menjual Harga Ayam Melebihi Harga Kawalan, 3 Premis Telah Dikompaun Atas 4 Kesalahan Berbeza
Sumber gambar: Utusan Borneo

Sekiranya terdapat barangan kawalan yang dijual melebihi harga maksimum, orang awam boleh melaporkan ke Pejabat KPDNHEP Cawangan Miri ditalian 085-412862 atau website eAduan.kpdnhep.gov.my

Ketahui 8 barang yang disenarai dalam Skim Kawalan Harga. Baca pautan di bawah:

Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga

Buat Khianat Dan Ugut Bunuh Kakak, Remaja Ini Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cabut Batu Nisan Di Tanah Perkuburan Al-Qadim Sibu, Lelaki Gelandangan Ditangkap
Next Article Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu Termasuk Pukat Dekat Perairan Santubong, Sekumpulan Penyelidik Berjaya Selamatkan Seekor Ikan Paus Yu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?