• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen

Oleh
Nazihah AN
2 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen

Masih ramai yang berjuang untuk dapatkan taraf kewarganegaraan

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen. Seperti yang kita sudah sedia maklum, isu kewarganegaraan ini amatlah sensitif buat segelintir masyarakat bahkan ada sesetengah rakyat susah untuk mendapatkan taraf kerakyatan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

Sehinggakan ada antara mereka yang terpaksa berhenti sekolah, sambung pelajaran mereka di Malaysia kerana tiada kewarganegaraan.

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen
Sumber gambar: Twitter

Pemain bola Sri Pahang FC mengumumkan bahawa dia kini telah dapat kerakyatan

Baru-baru ini seorang pemain bola sepak yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Liga Super Malaysia Sri Pahang memuat naik perkongsian di laman Instagramnya mengumumkan bahawa dia kini telah mendapat kewarganegaraan Malaysia selepas 5 tahun beraksi di negara ini.

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen
Sumber gambar: Instagram

Lee Andrew Tuck merupakan seorang pemain bola sepak profesional telah berkongsi khabar gembira kepada peminatnya:

Saya ingin mengucapkan salam hormat dan terima kasih kepada Pemilik Kelab Bola Sepak Sri Pahang Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pengerusi kami Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah, Ketua Pegawai Eksekutif SPFC Datuk Mohammed Suffian Awang, Ahli Lembaga Pengarah Sri Pahang FC dan semua Peminat Sri Pahang FC kerana menyokong saya sepanjang proses ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang dan rakan-rakan rapat saya.”

Walau bagaimanapun, berita gembira yang dikongsikan Lee Tuck ini mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana rata-rata kurang senang dengan status kerakyatan yang diperolehinya.

Bahkan ramai ada yang berjuang demi mendapatkan taraf kerakyatan Malaysia berpuluh tahun namun masih tiada khabar daripada pihak JPN sehingga ada yang melepaskan nafas terakhirnya tanpa mendapatkan kewarganegaraan.

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen
Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen

Netizen turut meluahkan ada pemain bola sepak dengan mudahnya boleh mendapat kerakyatan manakala kanak-kanak yang mana ibu mereka warganegara Malaysia tetapi berkahwin dengan orang luar pula mengalami kesusahan untuk memilikinya.

Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen
Sumber gambar: Twitter
Merasa Tidak Adil, Pemain Bola Sri Pahang FC Dapat Taraf Kewarganegaraan Jadi Persoalan Netizen
Sumber gambar: Twitter

Bekas pengawal sempadan Basar Paru, yang mempertahankan Malaysia semasa konfrontasi dengan Indonesia dan pemberontakan komunis, telah dilaporkan meninggal dunia tanpa hasratnya untuk menjadi warganegara ditunaikan. Baca pautan di bawah:

Berdekad Menunggu, Basar Paru Meninggal Dunia Tidak Kesampaian Diberi Taraf Kewarganegaraan

Angkara Birokrasi Kewarganegaraan Malaysia, Kanak-Kanak 9 Tahun Di Lawas Dilarang Teruskan Persekolahan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Port Makan Yang Menyajikan Kulit Ayam Rangup Di Kuching
Next Article Lihat Gambar Dulu Dan Sekarang Pusat Keagamaan Di Sekitar Bandaraya Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?