• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup

Oleh
Husna Hazmi
5 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kini Amir Jahari telah menukarkan namanya kepada ‘Hamba’.

Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup. Pasti anda pernah mendengari nama anak seni kelahiran Sarawak Amir Jahari yang mula menempa namanya ketika beliau menyertai Akedimi Fantasia Musim ke-9 tahun 2011 dan kemudiannya menjadi bintang Akedemi Fantasia (AF) Megastar 2017.

Setelah menandatangani kontrak bersama Kasi Gegar Entertainment (KGE), beliau telah mengeluarkan album pertamanya berjudul Penghibur Jalanan pada tahun 2013 dan beliau juga pernah menyertai kumpulan Go Gerila bersama Aizat Amdan.

Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup
Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup. Sumber foto: Spotify

Dahulu pernah ada ratusan ribu ringgit

Namun ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Walaupun pernah mengapai zaman kegemilangan pada tahun 2015 sehingga dapat mengumpul wang ratusan ribu, Amir Jahari pernah jatuh tersungkur dilanda keperitan hidup.

Setelah mengundurkan diri daripada dunia muzik pada tahun 2020, Amir Jahari juga telah menukarkan namanya kepada ‘Hamba’ kerana pada satu ketika dahulu dia pernah lupa diri ketika hidup senang.

Hamba, atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari berusia 30 tahun menceritakan kehidupannya ketika ditemu bual mStar di mana pada tahun 2019 dirinya tertekan dibelengu masalah terutamanya kewangan.

Makan Nasi Dengan Kicap Sebulan, Anak Seni Sarawak Amir Jahari Kongsi Keperitan Hidup
Sumber foto: Media Hiburan

Lampin anak tiada, rumah sewa tidak dibayar 13 bulan

Hamba berkata ketika dirinya tidak mempunyai pekerjaan, dirinya telah ditimpa kesusahan sehingga dia dan keluarga terpaksa makan nasi dengan kicap sebulan, lampin anak pula tiada wang untuk membelinya dan rumah yang disewanya pula sudah 13 bulan tidak dibayar.

Hamba juga berkata dirinya amat tertekan sehingga dia penah mencuba untuk membunuh diri. Kini menukarkan namanya dengan Hamba, yang merujuk kepada hamba kepada Allah SWT dan untuk mengingatkannya untuk sentiasa merendahkan diri.

Anak seni dari Sarawak ini juga kini sedang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan kini dirinya lebih fokus dalam menghasilkan muzik yang lebih bersifat keagamaan.

Diharap agar kita semua boleh mencontohi kisah hidup Hamba ini di mana di dalam kehidupan ini, kita tidak akan sentiasa berada di atas. Ada harinya nanti, jika kita lalai, kita akan jatuh juga.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Berani Buka Syarikat Game Secara Solo, Anak Sarawak Ini Berjaya Tembus Pasaran Antarabangsa
Kenali 5 Anak Sarawak Yang Mengharumkan Nama Malaysia Dalam Bidang Muzik Dan Filem Di Mata Dunia
SUMBER :mStar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda, Tabiat Kerap Korek Hidung Boleh Menjurus Kepada Risiko Menjadi Nyanyuk
Next Article Kerap Tiada Bekalan, 2 Individu Ditahan Kerana Memiliki 8,000 Liter Diesel Secara Haram Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?