8 kawasan di Sarawak antara kawasan terjejas mulai hari ini
METMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan 3 Hari Di Beberapa Kawasan Sarawak Mulai Hari Ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di Sarawak bermula Khamis ini hingga 22 Dis. Kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, dan Mukah.
MetMalaysia menyarankan penduduk di kawasan terbabit untuk sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mengikuti arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka.

Penduduk yang terkesan, diminta berwaspada
Penyediaan awal seperti barangan keperluan asas dan peralatan kecemasan amat digalakkan untuk mengelakkan sebarang kesukaran jika berlaku banjir.
Selain Sarawak, keadaan cuaca serupa turut diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang, kawasan yang terjejas melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin. Di Perak, daerah Hulu Perak juga berada dalam senarai kawasan berisiko.

