• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

Oleh
Husna Hazmi
6 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek juga dipercayai telah mencuri kabel.

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas. Semalam, tular sebuah video 2 lelaki yang menaiki motorsikal EX5 bertempiaran melarikan diri setelah melanggar sebuah kenderaan di Jalan Pending, Kuching.

Dilaporkan pihak polis kemudiannya dengan pantas memberkas dua lelaki berkenaan pada hari yang sama. Suspek juga dipercayai sedang membawa kabel curi pada waktu kejadian.

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas
Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

Kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah kedua-dua suspek berusia 18 dan 26 tahun ditangkap kurang daripada 24 jam selepas video mereka tular iaitu sekitar jam 9 malam semalam.

Beliau berkata, tangkapan juga adalah susulan laporan polis berkaitan kehilangan kabel yang dibuat oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Keranji pada hari yang sama.

Dalam masa yang sama, pihak polis telah mengesan satu video viral do Facebook menunjukkan dua lelaki menaiki motosikal yang dipercayai membawa kabel curi dan pada masa sama terdapat juga laporan daripada sebuah syraikat telekomunikasi mengenai kes kecurian kabel.

Hasil daripada siasatan telah membawa pihak polis kepada penangkapan kedua-dua suspek dan kabel yang dicuri tersebut turut dirampas.

Miliki 12 Rekod Jenayah Lampau, 2 Lelaki Naik Motorsikal Tak Tentu Hala Di Pending Diberkas

Mempunyai 12 rekod jenayah lampau

Beliau juga menjelaskan bahawa kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah harta benda.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda,” tambah beliau.

Oleh demikian, Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.

Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Baca lagi di sini:

2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending
Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Nak Buat Konten Instagram, Seorang Remaja Dari India Cedera Parah Dilanggar Keretapi Gara-Gara Nak Buat Konten Instagram, Seorang Remaja Dari India Cedera Parah Dilanggar Keretapi
Next Article Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu Rekod Baru Tercipta, Warga Emas Berusia 90 Tahun Ini Berjaya Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?