• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos

Oleh
Husna Hazmi
6 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Penduduk, guru-guru dan murid sekolah bersama-sama memikul kayu membaiki jalan.

Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos. Ketika rakyat Malaysia gembira menyambut kemerdekaan negara yang ke-65 pada tarikh 31 Ogos 2022, penduduk di Magandai, Kota Marudu Sabah sedang membaiki jalan di kampung mereka yang berada dalam kondisi teruk sekali.

Dengan hanya menggunakan peralatan asas seperti cangkul, skop, parang dan juga kapak, penduduk di kampung berkenaan bergotong-royong membaiki jalan tersebut.

Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos
Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos. Sumber gambar: FB Sabah Info

Gotong royong disertai penduduk kampung, guru-guru serta murid SK Magandai

Gotong royong berkenaan disertai oleh penduduk kampung, guru-guru serta murid SK Magandai manakala pemimpin yang diharapkan berada di ibu kota menyambut hari kebangsaan.

Tarikh 31 Ogos yang juga merupakan cuti umum buat rakyat ini digunakan sepenuhnya oleh penduduk pedalaman di Sabah ini untuk membaiki jalan mereka.

Penduduk Pedalaman Sabah Ambil Inisiatif Baiki Jalan Sendiri Pada Cuti 31 Ogos
Sumber gambar: FB Sabah Info

Dalam perkongsian di Facebook Sabah Info, Majangkin Jaralin Lorin berkata, dua hari digunakan untuk membaiki jalan. Dari pagi sehingga petang, menahan rasa kulit terbakar mengangkat kayu serta menarik kayu.

“Apapun, terima kasih 31 Ogos, kami di sini dapat membaiki jalan raya dan bersemangat untuk bergotong royong serta merapatkan lagi hubungan di antara penduduk kampung dan juga pihak sekolah.

“Syukur dengan penat lelah, seawal jam 8 pagi hingga 5 petang, semua jalan raya yang teruk akhirnya berjaya dibaiki buat sementara waktu sebelum pembaikan jalan dilaksanakan.”

Diharap agar pihak yang bertangunggjawab mengambil tindakan yang segera membaiki jalan di kawasan pedalaman di Sabah ini. Pembaikan jalan di sini pperlu dilakukan dengan segera bukan sahaja untuk meringankan beban penduduk, malah ia juga penting agar tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Begitulah nasib rakyat pedalaman di Sabah, baca lagi di sini kisah jalan teruk di negeri ini:

Tak Tahan Jalan Berlopak Teruk Di Sandakan, Penduduk Tampal Sendiri Tanpa Bantuan Kerajaan
‘Teruknya Jalan,’ Guru Ini Kongsi Laluan Ke Sekolah Di Sabah Hingga Raih Simpati Netizen
Bertahun Belum Dinaik Taraf, Penceramah Motivasi Terkenal Terkilan Dengan Keadaan Jalan Yang Teruk Di Sabah
SUMBER :FB Sabah Info
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mi Mushroom Ayam Istimewa Di Kuching, Jom Cuba Menu Lazat Ini Di Stall Mohammad Lim
Next Article Terlalu Cintakan Negara, Lelaki Di Sandakan Ini Sanggup Cat Rumah Corak Jalur Gemilang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?