• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending

Oleh
Ismail NA
5 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

2 lelaki naik motorsikal EX5 dalam keadaan merbahaya tular.

2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending. Meskipun jalan raya besar di Sarawak kini dikawal oleh pihak polis, namun masih ada juga individu yang ‘berani mati’ melakukan kesalahan jalan raya secara terang-terangan.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, Muhd Afif, dua orang lelaki kini sedang dikehendaki bagi membantunya menyelesaikan kes langgar lari berkaitan dengan keretanya.

2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending
2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending. Sumber: FB Muhd Afif

Plat motorsikal patah sukarkan usaha mengesan, pesalah lari ke jalan Tol/Bintawa

Dua orang lelaki berkenaan sempat dirakam menggunakan motorsikal jenis Honda EX5 berwarna biru. Mereka berdua dikatakan telah melanggar kenderaan yang dipandu oleh Afif di persimpangan lampu isyarat Pending, Kuching.

Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh Afif juga, dua orang lelaki berkenaan juga bertempiaran tidak tentu hala selepas melanggar kenderaan berkenaan dengan pembonceng di belakangnya kelihatan seperti hendak ‘tercicir’ dari atas motorsikal.

Nombor plat motorsikal ini juga telah patah, menyebabkan usaha untuk mengesan dan melaporkan kepada pihak polis berkenaan dua lelaki ini gagal.

Difahamkan, dua orang lelaki ini juga membawa besi dalam keadaan yang merbahaya menuju ke arah jalan Tol lama (kawasan Bintawa).

https://www.facebook.com/100002635160673/videos/1056695418321295/

Kejadian ini telah tular dan mendapat lebih 1,000 perkongsian di laman Facebook

Sehingga artikel ini diterbitkan, status Muhd Afif telah tular dan mendapat lebih 1,000 perkongsian.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua lelaki ini yang menunggang motorsikal jenis Honda EX5 berwarna biru dan disyaki membawa besi, anda boleh menghubungi Muhd Afif di talian 017- 6033499 atau menghantar pesanan di laman Facebook beliau atau melaporkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Kejadian melibatkan perlanggaran kenderaan seolah-olah menjadi satu kebiasaan pula kebelakangan ini. Berikut adalah kemalangan teruk yang baru sahaja berlaku di dua lokasi berasingan di Sarawak:

Video Dashcam Netizen Jadi Bukti Kemalangan Lori Seret Proton Saga Di Bintulu
Langgar Lampu Merah, Proton Saga Rempuh Motosikal Sempat Dirakam Netizen Di Batu 7
SUMBER :FB Muhd Afif
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024
Next Article Pecah Cermin Belakang Kereta Orang, Pelaku Dakwa Mendengar Bisikan Untuk Berbuat Demikian Pecah Cermin Belakang Kereta Orang, Pelaku Dakwa Mendengar Bisikan Untuk Berbuat Demikian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?