I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia

Oleh Ismail NA
14 Disember 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia. Kini, banyak negara di seluruh dunia sudah semakin progresif dan bergerak ke hadapan dalam memilih pemimpin utama di negara masing-masing. Tidak dinafikan, pemimpin muda memiliki idea yang lebih segar dan terkini. Ditambah pula dengan aura kepimpinan yang kuat, pastinya mereka menjadi harapan rakyat untuk melakukan perubahan dan perkara luar biasa untuk negara mereka.

Isi Isi Penting
1. Emmanuel Macron, Presiden Perancis (45 tahun)2. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand (42 tahun)3. Carlos Alvarado, Presiden Costa Rica (42 tahun)4. Sanna Marin, Perdana Menteri Finland (37 tahun)5. Gabriel Boric, Presiden Chile (36 tahun)

Salah satu perkara yang menarik tentang pemimpin muda adalah komitmen mereka untuk membangun masa depan yang lebih baik untuk negara mereka. Dalam artikel kali ini, kami ingin membawakan kepada anda 5 pemimpin paling muda di dunia saat ini.

1. Emmanuel Macron, Presiden Perancis (45 tahun)

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia
Kredit foto: Soazig de la Moissonnière / DILA-La Documentation française

Pertama adalah Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Beliau merupakan Presiden ke-8 Republik Perancis dan pertama kali dipilih menjadi presiden pada tanggal 7 Mei 2017. Pada ketika itu, beliau berumur 40 tahun. Emmanuel dipilih semula sebagai Presiden pada tanggal 24 April.

Pemimpin Perancis yang lahir pada Disember 1977 ini kini memiliki cabaran yang besar untuk berhadapan dengan pelbagai krisis yang kini sedang melanda negara Kesatuan Eropah (EU). Antara dasar utama yang ditekankan oleh beliau adalah mempercepatkan penggunaan tenaga bersih bagi mengurangkan kebergantungan kepada Rusia akibat dampak perang Ukraine-Rusia, cukai karbon bagi menangani kesan perubahan iklim, serta mengetatkan sempadan luar kawasan Schengen, iaitu kawasan negara-negara EU.

2. Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand (42 tahun)

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia
Kredit: People.com

Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri New Zealand pada Oktober 2017, Jacinda Ardern pada ketika itu baru berusia 37 tahun. Ini menjadikan beliau perdana menteri termuda dalam 150 tahun sejarah pemerintahan New Zealand. Beliau juga merupakan Ketua Parti Buruh New Zealand pada usia beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri wanita ketiga di New Zealand, beliau menekankan pentingnya menjaga hak-hak asasi manusia di negara tersebut serta sering menyuarakan nilai-nilai murni, kebersamaan, dan semangat muafakat bagi membendung sikap menyendiri dan rasis. Melalui nilai ini, kepimpinan Jacinda ternyata membuktikan keberkesanannya dengan menurunkan kadar kemiskinan kanak-kanak dan gelandangan selepas setahun menjadi Perdana Menteri. Jacinda juga komited dengan isu perubahan iklim apabila bertindak menghentikan pengeluaran permit baharu untuk aktiviti eksplorasi gas dan minyak di perairan New Zealand.

3. Carlos Alvarado, Presiden Costa Rica (42 tahun)

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia
Kredit: Juan Carlos Ulate via Reuters

Dilahirkan di San José pada Januari 1980, Carlos Alvarado bermula sebagai seorang wartawan yang kemudiannya menjadi profesor, penulis seterusnya sebagai Presiden. Beliau dilantik menjadi Presiden Costa Rica pada 9 Mei 2018, pada ketika usia beliau mencecah 38 tahun.

Sebagai sebuah negara yang beriklim tropikal di tengah Amerika Latin, kerajaan Carlos komited untuk mengurangkan pelepasan karbon dan inisiatif hijau yang dilaksanakannya telah berjaya meningkatkan jumlah pokok sebanyak dua kali ganda. Kejayaan ini dilihat sebagai teladan kepada negara-negara lain untuk diikuti sehingga Costa Rica dinobatkan sebagai pemenang ‘Earthshot Prize’. Bukan itu sahaja, Costa Rica memiliki matlamat untuk mencapai status negara bebas karbon sepenuhnya menjelang 2050.

4. Sanna Marin, Perdana Menteri Finland (37 tahun)

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia
Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia. Kredit: Alessia Pierdomenico via Bloomberg

Kejayaan Sanna menjawat jawatan Perdana Menteri masih menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan dalam komuniti dunia. Sanna Marin atau nama penuhnya, Sanna Mirella Marin dilantik menjadi Perdana Menteri Finland pada Disember 2019, sewaktu beliau berusia 34 tahun. Beliau menggantikan Antti Rinne yang diancam untuk dibubarkan kerajaan gabungan akibat skandal penyelewengan bayaran pampasan untuk servis pos.

Semasa pentadbiran Sanna, beliau memfokuskan kepada isu kebajikan sosial di Finland, kesaksamaan sosial dan perubahan iklim. Visi yang ditetapkannya untu Finland adalah menjadikan negara berkenaan sebagai negara ‘net zero’ menjelang tahun 2035 serta memperbaiki sistem cuti bersalin untuk kedua-dua kaum ibu dan bapa. Malah, beliau juga aktif di media sosial mempromosikan amalan menyusukan badan untuk anak dan gaya hidup sederhana di sebuah flat milennial bersama suaminya.

Pada permulaan karier politiknya, Sanna pernah bekerja di kedai roti sebagai juruwang dan memiliki ijazah sarjana dalam bidang Sains Pentadbiran di University of Tampere.

5. Gabriel Boric, Presiden Chile (36 tahun)

Miliki Aura Yang Kuat, Kenali 5 Pemimpin Negara Paling Muda Di Dunia
Kredit: Pablo Sanhueza via REUTERS

Gabriel Boric ini dilihat sebagai contoh belia yang berjaya membawa keyakinan rakyat untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin utama mereka. Bakat kepimpinan Gabriel sudah pun mula menyerlah sejak beliau berada di universiti. Di universiti, beliau menjawat jawatan presiden kesatuan pelajar Universidad de Chile serta Ketua Kesatuan Pelajar Universiti terbabit. Beliau juga mengetuai protes mahasiswa, menuntut kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma dan berkualiti tinggi kepada semua.

Sebelum menjadi presiden, Gabriel bersama rakannya membentuk sebuah parti baharu yang diberi nama Frente Amplio pada tahun 2016 dan berjaya menjadi parti ketiga terkuat di negara tersebut. Semasa penglibatannya dalam Kongres sehingga tahun 2018, beliau membentangkan bil perlembagaan yang mahu mengurangkan gaji ahli parlimen.

Berbekalkan aura kepimpinan yang kuat, beliau diangkat menjadi Presiden termuda dalam sejarah Chile pada usianya 36 tahun. Kini, beliau sedang berusaha untuk mereformasikan sistem cukai bagi mengatasi masalah inflasi yang dihadapi oleh Chile sejak tercetusnya perang Ukraine-Rusia, serta mempromosikan pemindahan teknologi dan tenaga boleh ubah.

Beliau juga tinggal di kawasan perumahan dua tingkat yang berada di jalan berbatu yang penuh dengan tembok grafiti yang diberikan nama ‘Freedom and Hope’, jauh berbeza berbanding kasa mewah pinggir laut milik presiden sebelumnya, Sebastián Piñera.

Ini hanyalah beberapa contoh pemimpin muda di dunia saat ini. Meskipun mereka berusia muda, mereka telah melakukan gerakan yang luar biasa untuk membangun masa depan yang lebih baik untuk negara mereka. Mereka juga telah menunjukkan bahawa usia bukanlah penghalang untuk menjadi pemimpin yang sukses dan berpengaruh.

Ini pula cerita tentang pemimpin wanita India pertama yang dilantik di Sarawak: Kenali Lucy Lingam, Penghulu Wanita India Pertama Dilantik Di Sarawak

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Enggan Ajar Guna Kiosk, Pelanggan Luah Rasa Kecewa Dengan Layanan Pekerja KFC Di Mukah
Next Article [VIDEO] Jadi Kerisauan Penduduk, Netizen Kongsi Video Paras Air Lebih Tinggi Dari Darat Di Jakarta [VIDEO] Jadi Kerisauan Penduduk, Netizen Kongsi Video Paras Air Lebih Tinggi Dari Darat Di Jakarta

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?