Balai Seni Lukis Sabah juga merupakan bangunan hijau pertama di Sabah
Minat Seni? Kunjungi Balai Seni Lukis Sabah Untuk Lihat Karya Seni Menarik. Jika anda seorang peminat seni dan suka mengagumi karya seni, anda harus melawat Balai Seni Lukis Sabah yang terletak di Jalan Penampang, Kota Kinabalu!


Pelbagai seni menarik oleh para seniman yang berbakat
Dari luar, bangunan itu sendiri sudah kelihatan tersergam indah, dengan motif tradisional Sabah dari etnik seperti Murut, Irranun, Bajau, Lotud dan Rungus dilihat bukan sahaja di luar tetapi di seluruh galeri tersebut!


Di bahagian dalam pula, anda akan dikelilingi dengan karya seni menarik oleh para seniman Sabah yang berbakat. Ada yang dalam bentuk lukisan manakala ada juga dalam bentuk installation, di mana sebahagian daripadanya adalah interaktif.






Sekiranya anda berada di Kota Kinabalu pada masa ini dan ingin melawat galeri tersebut, terdapat pameran yang sedang berlangsung iaitu Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah Ke-36 yang sedang berlangsung sehingga 31 Oktober 2022.
Jika anda berminat untuk melawat galeri ini, butirannya adalah seperti di bawah:
Masa operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (9AM – 4PM) | Tutup semasa Hari Pekerja
Yuran masuk:
1. Warga Malaysia
– Kanak – kanak (7 – 12 tahun) RM2
– Pelajar (kad pelajar) RM3
– Dewasa (13 tahun ke atas) RM5
2. Bukan warganegara
– Kanak-kanak (7 – 12 tahun) RM10
– Dewasa (13 tahun ke atas) RM15
3. Keperluan khas & warga emas
– Percuma