• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak

Oleh
Aina Musa
30 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak

Suami isteri pilih tarian singa sebagai hobi

Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak. Memey Syuhaida Dunggat dan suaminya Samsudin Azman merupakan sepasang suami isteri yang menjadi ahli Persatuan Tarian Naga dan Singa Sarawak Jing Ying.

Persatuan tersebut mempunyai lebih kurang 30 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai keturunan termasuk separuh daripada mereka bukan berketurunan Cina.

Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak. Kredit foto: Zulazhar Sheblee via The Star

Memey, seorang mualaf dan berketurunan Iban-Bidayuh, berkata minatnya terhadap tarian singa dan naga timbul daripada menonton persembahan selama bertahun-tahun.

Walaupun begitu, dia hanya mula mempelajari tarian-tarian tersebut selepas menyertai persatuan pada tahun 2022. “Saya faham bahawa seseorang tidak semestinya berbangsa Cina untuk menari naga atau singa. Orang dari bangsa lain juga turut berminat untuk mempelajari tarian ini.

“Pada mulanya saya agak malu untuk mempelajarinya kerana saya rasa ia bukan budaya saya. Tetapi ahli-ahli persatuan memberitahu saya agar jangan risau kerana saya berminat dengannya. Mereka tidak ragu-ragu untuk menerima saya,” katanya.

Awalnya, dia mengakui kaku tetapi terus diajar tarian tersebut secara berperingkat sehingga mahir.

Buat masa ini, dia hanya menari naga sahaja kerana masih dalam proses mempelajari tarian singa.

“Tarian naga lebih mudah kerana ia sekadar mengikuti langkah orang di hadapan anda. Tarian singa lebih sukar kerana ia melibatkan gerakan melompat dan kadang kala memanjat tiang,” katanya.

Memey menambah bahawa Samsudin boleh menari kedua-dua tarian naga dan singa.

“Kami berdua adalah ahli persatuan. Apabila mereka kekurangan penari, mereka akan memanggil kami untuk persembahan, terutamanya semasa Tahun Baru Cina,” katanya.

Samsudin berkata minatnya bermula sewaktu dia membesar di Kampung Keranji di Bau. “Saya pergi ke sekolah Cina dan ada perarakan di kampung saya semasa Chap Goh Mei” ujar Samsudin.

“Semasa saya kecil, perarakan itu menakutkan saya. Saya akan lari menangis kerana singa dan naga kelihatan hidup. Tetapi kemudian saya mula berminat dengan persembahan itu. Saya juga membuat kostum singa daripada kotak dan mencuba menari,” katanya.

Samsudin menambah bahawa dia sudah membuat persembahan tarian-tarian itu sebelum berkahwin dengan Memey.

“Selepas kami berkahwin, dia turut menyertai kerana dia juga berminat dengan tarian-tarian itu,” katanya.

Kelvin Chong dari persatuan itu berkata, tidak menjadi masalah untuk kaum lain dalam kumpulan mereka.

“Ini Sarawak dan kita semua adalah rakan senegeri Sarawak,” katanya.

Chong juga mengatakan bahawa persatuan itu mempunyai lebih daripada 30 kostum singa dan tujuh hingga lapan ekor naga.

“Untuk Tahun Baru Cina ini, kami akan mendapat kostum naga baharu sepanjang 68 meter dan memerlukan 24 penari,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung
Next Article Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?