• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung

Oleh
Nazihah AN
30 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung

Demi Kek Mita, kata Hael Husaini

Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung. Penyanyi terkenal Hael Husaini tidak melepaskan peluang untuk mencuba kek mentega keju daripada bakeri Sarawak, Mita yang baru-baru ini tular di media sosial.

Beliau telah berkongsi di Instagram bahawa beliau telah memborong satu troli penuh Kek Butter Mita yang dikatakan sedap dan lembut oleh orang ramai. Perkongsian itu ditulis dengan kapsyen “Demi kek Mita” yang menunjukkan troli beliau yang penuh dengan kek tersebut.

Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung
Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung

Tindakan Hael Husaini ini telah menarik perhatian netizen, terutamanya mereka yang berasal dari Sarawak. Ramai yang terkejut dan terhibur melihat penyanyi tersebut berjaya memborong kek yang sangat laris di Sarawak ini.

Setelah perkongsian di IG story nya tular, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jampi’ itu, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik satu lagi hantaran menggunakan Bahasa Melayu Sarawak.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan satu skrin tangkap muat dari video muzik beliau di mana tangan beliau telah diedit seolah-olah memegang potongan Kek Butter Mita, disertakan dengan kapsyen “Menar kah urang madah kek tok abis hari tok tek” (betul ke orang cakap kek ni habis hari ni).

Perkongsian tersebut telah mengundang reaksi sporting daripada netizen Sarawak.

View this post on Instagram

A post shared by HH (@haelhusaini)

Penangan Kek Butter Mita, Hael Husaini Borong Satu Troli Bawa Balik Semenanjung

Ada juga yang berseloroh, kalau orang Semenanjung borong Kek Mita, tak kalah dengan orang Sarawak borong Gardenia. Adil lah tu kan?🤣

Bagi anda yang terlepas dengan cerita hangat baru-baru ini, Kek Butter Mita merupakan salah satu produk yang menjadi kegilaan netizen terutamanya yang dari Semenanjung selain Kek Lapis Sarawak.

Kek ini dibuat oleh Mita Cake House, sebuah bakeri yang beroperasi di Kuching sejak tahun 1987. Kek ini dikenali dengan rasa mentega yang wangi dan kaya serta tekstur yang lembut dan gebu.

Banyak pengunjung luar dan warga Sarawak sendiri yang mencari-cari kek ini di cawangan-cawangan Mita Cake House.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak
Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Macam Gusti WWE, Pencuri Motosikal Tergamam Dipukul Owner Di Sabah
Next Article Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak Minat Suami Isteri Dari Kuching Ini Terhadap Tarian Singa Bukti Keharmonian Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?