• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Miniso Buka Cawangan Ketiga Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
18 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Miniso Buka Cawangan Ketiga Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini

Promosi Storewide 10% Hingga 26 Januari di Miniso, Plaza Merdeka

Miniso Buka Cawangan Ketiga Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini. Berita baik buat warga Kuching! MINISO, jenama kegemaran ramai yang terkenal dengan gabungan gaya dan fungsi, kini membuka cawangan ketiga mereka di Kuching. Lokasi terbaru ini terletak di tingkat bawah, Plaza Merdeka – betul-betul bersebelahan Rojaklah!

Apa yang menarik, pembukaan rasmi ini berlangsung hari ini, Sabtu, 18 Januari 2025. Bukan sahaja anda boleh menikmati pelbagai barangan menarik di MINISO, tetapi anda juga berpeluang mendapatkan diskaun eksklusif 10% untuk semua barangan sehingga 26 Januari 2025! Jadi, kalau anda tengah mencari hadiah, barang keperluan rumah atau sekadar ingin mencuci mata, inilah masa terbaik untuk berkunjung ke MINISO.

Miniso Buka Cawangan Kedua Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini

Cawangan Kedua MINISO di Kuching Kini Dibuka

Plaza Merdeka membuat hantaran di Facebook mengenai pembukaan cawangan ini, yang telah mendapat perhatian netizen. Ramai yang teruja untuk mengunjungi kedai ini, terutamanya selepas kejayaan cawangan pertama di AEON Mall Kuching dan cawangan keduanya di The Spring Shopping Mall.

MINISO sememangnya terkenal dengan pelbagai produk unik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Dari barangan rumah, alat tulis, mainan hingga aksesori, MINISO sentiasa menawarkan sesuatu yang baru dan trendy. Bagi mereka yang sukakan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan, MINISO adalah destinasi wajib.

Jadi, jangan tunggu lagi! Jom meriahkan pembukaan cawangan kedua MINISO di Plaza Merdeka hari ini. Ingat, promosi 10% ini hanya berlangsung selama seminggu. Selamat bershopping!

Apa juga yang menarik di Kuching, baca di bawah:

Staycation Rare Di Tengah Bandar Kuching, DBKU Anjur Aktiviti Glamping Di Padang Merdeka
Ini 13 Taman Permainan Indoor Di Kuching Yang Boleh Anda Kunjungi

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Premier Sarawak Pinjam Motosikal Polis Untuk Rasai Pengalaman Jambatan Marudi Baru
Next Article Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?