• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators

Oleh
Nazihah AN
18 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators

Ashraf Daniel Angkat Budaya Sabah di Pentas ASEAN LIVE Creators for Change

Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators. Seorang pelajar dari Kolej Vokasional (KV) Keningau, Ashraf Daniel bin Anuar, telah mencipta sejarah apabila terpilih sebagai salah seorang daripada 20 pencipta kandungan ASEAN LIVE Creators for Change.

Program anjuran ASEAN Foundation ini memberikan geran bernilai USD 1000 (lebih RM4000) kepada setiap pemenang, bersama peluang bimbingan untuk menghasilkan kandungan TikTok bertemakan isu sosiobudaya ASEAN selama enam bulan.

Pelajar KV Keningau Raih Geran USD 1000 Sebagai ASEAN LIVE Creators

Ashraf Daniel Curi Perhatian ASEAN, Promosi Budaya Bajau di TikTok

Ashraf, yang kini berada di tahun akhir dalam program Bakeri dan Pastri, berjaya mencuri perhatian juri dengan video TikToknya yang memaparkan aspek budaya etnik Bajau-Samah. Dalam video berdurasi hampir 60 saat itu, dia menggabungkan tarian tradisional, makanan tradisional, serta penulisan seni, menjadikan kandungannya menarik dan penuh nilai budaya. Video tersebut turut memaparkan dia memperagakan pakaian tradisional Bajau-Samah, lengkap dengan elemen seni yang menggambarkan warisan budaya unik etniknya.

Menurut Ashraf, video itu dihasilkan beberapa bulan lalu untuk menyertai pertandingan ini, dan dia tidak menyangka akan terpilih di peringkat ASEAN. Ini bukan kali pertama Ashraf mencipta nama. Sebelum ini, dia aktif mewakili KV Keningau dalam pelbagai pertandingan kemahiran dan persembahan tarian. Lebih membanggakan, dia juga pernah menerbitkan karya puisi dalam sebuah majalah berbahasa Inggeris.

Pengarah KV Keningau, Encik Lumang Anak Lang, melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Ashraf. Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai selaras dengan misi pendidikan kolej vokasional yang mendorong pelajar untuk bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal, tetapi juga bijak menggunakan platform digital secara berfaedah.

“Ini adalah contoh terbaik bagaimana pelajar kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa, bukan sahaja sebagai pengguna kandungan, tetapi juga pencipta kandungan berkualiti yang memberi impak positif,” kata Encik Lumang.

Senarai 20 pencipta kandungan ASEAN LIVE Creators for Change telah diumumkan pada 16 Januari 2025, dan boleh diakses melalui pautan berikut:

  • Facebook: Pautan rasmi
  • Instagram: Pautan rasmi
  • X (Twitter): Pautan rasmi

Baca juga pencapaian anak-anak muda Sabah yang membanggakan:

Pelajar KV Keningau Menang Artikel Terbaik Newsletter MAOUS UiTM Sabah
Pelajar KV Keningau Rangkul 4 Anugerah Di Pertandingan Nyanyian Peringkat Kebangsaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miniso Buka Cawangan Ketiga Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini Miniso Buka Cawangan Ketiga Kuching Di Plaza Merdeka Hari Ini
Next Article Penari Cilik Sarawak, ‘Little Bornean Birdie’ Bakal Wakili Malaysia Di Dance World Cup Finals Sepanyol

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?