I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya

Oleh Kedung BK 5 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya

Penerima enggan membayar makanan tersebut walaupun sudah menerima pesanannya

Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya. Nampaknya, semakin banyak kes penipuan berlaku sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, seorang wanita mengalami insiden malang ditipu oleh seorang lelaki berusia 19 tahun yang meminta cash on delivery (COD) untuk pesanannya tetapi pelanggan itu kemudian enggan membayarnya selepas menerima pesanannya.

Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya

Diminta untuk menghantar makanan selepas menempah sehari sebelum

Kejadian ini berlaku kepada seorang penjual dari Miri, Seerah Zain, yang berkongsi pengalamannya dalam sebuah kumpulan Facebook.

Menurut Seerah, yang merupakan penjual makanan, beliau menerima tempahan daripada seorang lelaki bernama Muhammad Syafiq Shahrizal, 19, yang meminta empat nasi ayam butter serta menambah empat biji telur.

Sumber: FB Miri Community

Memandangkan Seerah turut menyediakan perkhidmatan COD, beliau menawarkan penghantaran untuk menghantar makanan lelaki itu.

Oleh kerana lelaki tersebut tinggal di Senadin, yang agak jauh dari tempatnya di Luak, Seerah mengenakan caj RM8 kepada lelaki itu tetapi memutuskan untuk mengenakan caj RM6 kepadanya untuk kos penghantaran.

Sumber: FB Miri Community

Minta lebih, tetapi langsung tidak membayar penjual

Dalam tangkapan skrin perbualan yang dikongsi Seerah dalam posting Facebooknya, lelaki itu meminta nasi tambahan – satu permintaan yang diterima Seerah.

Sebaik sahaja tempahan lelaki itu dihantar dan lelaki berkenaan menerima pesanannya, Seerah menghubunginya lagi untuk mengingatkannya supaya membayar makanannya, yang mana lelaki berkenaan mengakui permintaan itu tetapi tidak dapat melakukannya serta-merta kerana dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan pada masa itu.

Sumber: FB Miri Community

Sepanjang hari, Seerah menghubunginya lagi untuk mengingatkannya sehingga hampir tengah malam. Sekali lagi, lelaki itu memberi alasan seperti terlupa membayar dan sedang bermain game.

Walaupun mengingatkan lelaki itu, lelaki itu gagal membayar makanan sehingga keesokan harinya – yang mana dia menghantar gambar yang menyatakan akaun dalam talian Maybanknya mengalami masalah dan tidak boleh melakukan transaksi dalam talian.

Sumber: FB Miri Community

Mengaku tidak ada duit untuk membayar

Akhirnya, Seerah memutuskan enough is enough dan menghubungi lelaki itu sekali lagi menyatakan bahawa beliau akan memaksa lelaki itu membayarnya secara tunai dan mengugut untuk pergi ke rumahnya untuk mengambil bayaran.

Menurutnya, kerana lelaki itu gagal membayar makanannya, beliau tidak dapat meneruskan pembelian bahan untuk tempahan pelanggannya yang lain dan runner yang menghantar makanan lelaki itu tidak dibayar.

Beliau juga mengingatkan lelaki itu bahawa walaupun mengikut permintaannya untuk pesanannya, beliau berasa kecewa kerana beliau diperlakukan begini oleh lelaki itu – sekali gus menyusahkan semua pihak yang terlibat.

Akhirnya, lelaki itu mengaku tidak mempunyai wang untuk membayarnya dan Seerah mengalami kerugian RM38 secara keseluruhannya.

Sumber: FB Miri Community

Netizen nasihat penjual buat laporan polis

Rata-rata netizen bersimpati dengan Seerah dan menasihat beliau untuk membuat laporan polis terhadap lelaki itu.

Terdapat juga yang menyatakan bahawa mereka mengenali lelaki itu kerana pernah deal dengannya sebelum ini, serta menasihat Seerah untuk menghubungi ibu bapa lelaki itu untuk tindakan lanjut.

Sumber: FB Miri Community
Sumber: FB Miri Community
Sumber: FB Miri Community
Sumber: FB Miri Community

Alahai… Kesian pula seller ni dibuat macam ni. Semoga para2 seller dijauhi kejadian macam ni dan Seerah mendapatkan pampasan untuk kerugiannya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Tanah Kubur Runtuh Akibat Hujan Lebat, Jenazah Hampir Hanyut
Next Article Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?