• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan

Oleh
Nazihah AN
5 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan

Kalau ada salah faham, jangan sesekali angkat tangan

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive‘ Bekas Pasangan. Dalam suatu hubungan, tidak sah kalau tiada pertengkaran atau perselisihan faham antara pasangan.

Isi Isi Penting
  • Sudahla kantoi curang, abusive pulak tu!
  • Walaupun kantoi keluar dengan perempuan lain, dia memaafkan bekas pasangannya
  • “And yes, memang betul saya sayang awak dan C***l . Saya tak bohong” – lelaki tersebut
  • Lelaki ini juga menyuruh dia untuk b*nuh diri

Akan tetapi, ia tetap menjadi salah apabila dia bertindak untuk mengangkat tangan terhadap pasangannya sendiri untuk menyelesaikan masalah apabila dirinya sendiri terkantoi curang depan mata pasangan.

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan
Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan. Sumber: Twitter @marissaaaaaaa93

Sudahla kantoi curang, abusive pulak tu!

Hati siapa tak luluh apabila melihat pasangannya menipu dan curang depan mata sendiri. Itulah yang dilalui oleh pengguna akaun Twitter @marissaaaaaaa93 apabila melihat pasangannya keluar bersama wanita lain.

Dia telah membuat bebenang di laman Twitter ini dan menarik perhatian ramai apabila dirinya dedahkan sikap bekas pasangannya yang menderanya secara fizikal dan mental. Perkongsian tersebut dapat 1.4K ulang ciap dan 2.8K tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai ‘Abusive’ Bekas Pasangan

He too asking me to kill myself numerous number of time. When he is angry he will talk like this. pic.twitter.com/OJgDWe4QO2

— ⓂⒶⓇs (@MaRs_ssa77) October 4, 2022

Walaupun kantoi keluar dengan perempuan lain, dia memaafkan bekas pasangannya

Disoal Marissa kepada bekas pasangannya, dia hanya menjawab bahawa wanita tersebut hanyalah sekadar kawan. Walaupun kurang senang dengan jawapannya, Marissa hanya memaafkan sahaja lelaki tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut, Marissa juga bertindak untuk berhadapan dengan bekas pasangannya apabila mendapati bahawa dirinya dicurang dengan wanita yang mempunyai hubungan yang lebih lama. Sudah kantoi, lelaki tersebut bertindak untuk memukulnya hingga meninggalkan kesan lebam pada tangannya.

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan
Sumber: Twitter @marissaaaaaaa93

“And yes, memang betul saya sayang awak dan C***l . Saya tak bohong” – lelaki tersebut

‘Dia narsis dan gaslight’ itu yang Marissa kongsikan di ciapan miliknya. Tidak hanya itu, Marissa turut dedah bahawa lelaki tersebut mengambil kesempatan atas kebaikannya dengan meminjam duitnya untuk membeli rokok dan tali raket badmintonnya melalui SPay.

Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan
Sumber: Twitter @marissaaaaaaa93
Kaki Pukul Dan Kerap Curang, Wanita Dari Kuching Ini Dedah Perangai 'Abusive' Bekas Pasangan
Sumber: Twitter @marissaaaaaaa93

Lelaki ini juga menyuruh dia untuk b*nuh diri

Bekas pasangannya turut melontarkan kata-kata yang kurang enak kepada Marissa seperti menyuruhnya untuk bun*h d*ri dan mengugut untuk memb*nuhnya.

Sesungguhnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah hubungan. Jangan sesekali anda angkat tangan terhadap orang lain hingga menderanya dari segi fizikal dan mental.

Anda boleh menghubungi organisasi ini apabila anda berhadapan dengan situasi berikut:

1. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Masa beroperasi: Isnin (7pm – 9pm), Selasa sehingga Khamis (9.30am – 11.30am), Sabtu (2pm – 4pm)
Nombor talian: +6082-368853
SMS/WhatsApp: +6016-5822660 | +6013-8044285
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

2. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +6088-280200 | +6011-27908020
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

3. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9.30am – 5.30pm)
Nombor talian: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

4. WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Masa beroperasi: 24 jam
Nombor talian: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

5. WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4180342
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

Baca juga artikel di bawah:

Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta
Jadi Mangsa Dera, Budak Lelaki Lari Ikut Tingkap Tingkat 4 Bangunan Rumah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya Minta COD Semasa Tempahan, Penjual Dari Miri Ini Ditipu Pelanggan Enggan Membayarnya
Next Article ‘Jangan Tunjuk Pelangi Nanti Jari Kudung’, Ketahui Pantang Larang Popular Zaman Kanak-Kanak Serta Logiknya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?