• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
7 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak

Persis isi rambutan pun ada kan?

Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak. Di Sarawak, ada satu kulat istimewa yang dikenali sebagai ‘kulat mata babi’ atau ‘kulat mata rusa’.

Walaupun namanya pelik, kulat mata babi ini merupakan makanan istimewa masyarakat Iban di Sarawak, yang jarang ditemui dan hanya dijumpai pada masa tertentu dalam setahun.

Bagi masyarakat Iban, kulat ini digelar sebagai ‘kulat mata janik’. Janik membawa maksud kepada ‘babi’.

Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata 'Janik' Cendawan Rare Di Sarawak
Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak. Kredit: Facebook

Nama saintifik bagi kulat ini ialah Calostoma cinnabarinum. Menurut sumber yang diperolehi dari laman web MushroomExpert.Com, kulat ini juga dikenali sebagai “stalked puffball-in-aspic” dalam bahasa Inggerisnya.

Tidak seperti cendawan lain, rupa cendawan ini dikatakan mirip obor-obor dengan teksturnya pula digambarkan seperti jeli.

Kulat ini biasanya membiak selepas musim hujan pada tanah yang lembap. Ia sangat disukai oleh ramai kerana keenakan rasanya dan kelembutan teksturnya.

Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata 'Janik' Cendawan Rare Di Sarawak

Orang Iban khususnya gemar ‘menuai’ dan memasak kulat ini sebagai sajian istimewa.

Untuk menikmati kulat ini, proses pengumpulannya dikatakan mencabar kerana perlu melalui perjalanan yang jauh ke dalam hutan di mana kulat mata janik ini boleh dijumpai.

Bahkan, aktiviti mengumpul kulat ini juga dikatakan boleh mengukuhkan hubungan kekeluargaan di kalangan masyarakat Iban, kerana mereka seringkali melakukannya bersama-sama.

Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata 'Janik' Cendawan Rare Di Sarawak

Bagi masyarakat Iban, kulat mata janik ini biasanya dimasak bersama sup, ditumis dan dicampur bersama sayur lain.

Baca lagi artikel menarik:

Persis Jari Mayat, Ketahui Cendawan Dead Man’s Fingers Yang Menyeramkan
https://www.iloveborneo.my/digelar-milkshake-sarawak-kenali-buah-pedalai-persis-tarap-yang-manis-dan-berkrim/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren
Next Article Ramai Tak Setuju, Individu Dakwa Sukar Cari Makanan ‘Halalan Toyyiba’ Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?