• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren

Oleh
Nazihah AN
7 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren

Pemandu mempunyai masalah pendengaran yang kronik

Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren. Tular hantaran di Facebook mengenai pemandu Perodua Kembara yang didakwa menghalang ambulans di Sri Aman, Sarawak. Dalam hantaran tersebut mendakwa bahawa pesakit yang dibawa oleh ambulans itu telah meninggal dunia kerana lambat sampai ke hospital.

Morgan Alban, seorang pesakit yang dibawa oleh ambulans ke hospital Sri Aman, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat lambat mendapat rawatan. Isterinya, Annie Andrew, telah meluahkan rasa kesal terhadap pemandu Perodua Kembara yang didakwa sengaja menghalang laluan ambulans.

Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren
Rupanya Ada Masalah Pendengaran, Anak Pemandu Minta Maaf Bapa Tak Dapat Dengar Bunyi Siren

Anak pemandu tersebut tunjuk bukti bapanya mengalami masalah pendengaran sejak 2017

Namun, anak kepada pemandu Perodua Kemba tersebut telah tampil memberi penjelasan dan meminta maaf atas insiden itu kepada isteri mangsa tersebut.

Anaknya berkata bahawa bapanya mempunyai masalah pendengaran yang kronik dan tidak mendengar bunyi siren ambulans.

“Bapa saya mempunyai masalah pendengaran yang kronik dan disahkan oleh doktor pakar pada tahun 2017. Beliau tidak mendengar bunyi siren ambulans dan memberi laluan kepada ambulans setelah beliau sedar ambulans menyalakan lampu tinggi beberapa kali terhadapnya” kata anaknya.

Dalam tangkapan skrin tersebut, anaknya juga berkata bahawa mereka telah menyelesaikan kes ini di balai polis dan bapanya telah dikenakan kompaun. Beliau juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Morgan Alban dan berharap mereka dapat menerima permohonan maafnya.

Annie Andrew, walaupun masih berduka, telah menerima permohonan maaf itu. Namun, beliau menasihatkan agar pemandu Perodua Kembara itu tidak lagi memandu atau menggunakan alat bantuan pendengaran untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di bawah:

Padah Halang Ambulans, Sebuah Kenderaan Dikenakan Tindakan Polis Di Sri Aman
Insiden Halang Laluan Ambulans, Tiada Laporan Kondisi Pesakit Diterima Dari Hospital
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Memang Unik, Nama ‘Baby Girl’ Di IC Pelajar Sabah Ini Buat Ramai Terkejut
Next Article Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak Mirip Obor-Obor Dengan Tekstur Jeli, Kenali Kulat Mata Janik Cendawan Rare Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?