• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah

Oleh
Husna Hazmi
28 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah

Tahukah anda rumah Agam Agnes Keith di Sandakan ini menyimpan kisah-kisah misterinya sendiri.

Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah. Rumah Agam Agnes Keith ini merupakan antara tempat tarikan pelancong yang berkunjung di Sandakan Sabah. Rumah ini pernah menjadi kediaman Agnes Newton Keith, penulis buku tersohor dari Amerika Syarikat bersama suami beliau, Harry Keith dan anaknya, George Keith.

Rumah ini satu masa dahulu pernah terbiar dan hampir musnah sebelum Jabatan Muzium Negara Sabah mengambil inisiatif memulihara rumah ini pada tahun 2001. Satu proses pemuliharaan yang masih lagi mengekalkan struktur asal agar ianya tidak jauh berbeza berbanding yang dahulu.

Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah
Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah

Terdapat lebih daripada 26 orang yang pernah menetap di situ

Sekiranya anda meneliti senarai individu yang pernah mendiami rumah berkenaan, terdapat lebih daripada 26 orang yang pernah menetap di situ, namun anehnya, mengapa nama Agnes Keith yang diangkat sebagai penghormatan dalam menamakan rumah berkenaan? Ada cerita mengenainya yang mungkin anda tidak mengetahui.

Selama Agnes Keith mendiami rumah tersebut, dia sering berada dalam keadaan yang gembira dan sangat bahagia bersama keluarganya. Namun setelah beliau pulang ke Amerika, beliau telah meninggalkan sebuah catatan yang menyeramkan mengenai rumah tersebut.

Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah

“Tidak percaya pada hantu”

Agnes menyatakan bahawa beliau “tidak percaya pada hantu tetapi, setiap hari beliau melihat seorang wanita yang tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal pada suaminya kemudian mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.” Itu adalah catatan Agnes sebelum beliau balik ke Amerika Syarikat.

Kejadian misteri tersebut turut dialami oleh beberapa orang penghuni yang menghuni rumah itu selepas Agnes sendiri. misteri kedua merupakan Rosemary, isteri kepada G L Carson yang menetap di rumah berkenaan selama 12 tahun bermula dari tahun 1955 sehingga tahun 1967 turut mempunyai perkongsian misteri saat ditinggalkan seorang diri ketika suaminya bertugas di Kota Kinabalu.

Ini Kisah Misteri Rumah Agam Agnes Keith Di Sandakan Sabah

Mendengar pintu bilik di hujung rumah tertutup dan terbuka beberapa kali

Menurut beliau, dia terbangun ketika waktu Subuh apabila mendengar pintu bilik di hujung rumah tertutup dan terbuka beberapa kali. Tidak lama setelah itu beliau mendengar tapak kaki berjalan menuju ke arah biliknya. Apabila membuka mata, dia melihat lembaga seorang wanita berdiri di hujung katilnya, beliau tidak tahu apa yang berlaku setelah itu kerana pengsan akibat ketakutan.

Misteri yang ketiga pula apabila pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles menghuni rumah berkenaan bermula tahun 1967 sehingga tahun 1968. Pada satu hari ketika melakukan tugas beliau tak semena-mena beliau terserempak dengan lembaga seorang wanita yang sedang berdiri di atas tangga.

Berikut adalah antara kisah-kisah seram yang telah diceritakan oleh penghuni-penghuni rumah tersebut. Kini rumah Agam Agnes Keith tersebut boleh dilawati bagi melihat sejarah tinggalan zaman sebelum merdeka dahulu di Sandakan, Sabah.

Ketahui juga kisah misteri di Borneo yang menarik untuk anda baca:

Misteri Garis Wallace, Sempadan Ghaib Di Kepulauan Melayu Yang Ditakuti Para Haiwan
Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu

SUMBER :Borneo Oracle
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Kini Tawar Penerbangan ‘Direct’ Kuching-Penang Dengan Hanya RM 119
Next Article Tarikan Surau Al Hidayah Tab Cinaq, Surau Unik Dengan Seni Bina Cina Di Pujut Miri Tarikan Surau Al Hidayah Tab Cinaq, Surau Unik Dengan Seni Bina Cina Di Pujut Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?