• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

Oleh
Husna Hazmi
28 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mizz Nina akhirnya telah mendedahkan perkara sebenar di Instagram

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya. Dilaporkan bahawa penyanyi dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina, telah mendedahkan bahawa bekas suaminya Noh Salleh sudah hilang hak penjagaan anak angkatnya, Musa setelah mereka bercerai sekitar Ogos 2022.

Menurut Mizz Nina dalam satu kenyataan di Instagram, bekas suaminya, Vokalis kumpulan Hujan itu telahpun menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepada dirinya sebagai penjaga Musa dengan rela hati.

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya
Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

Noh dikatakan sudah mungkir janji

Oleh demikian, dalam undang-undang, Noh Salleh sudah hilang hak sebagai penjaga Musa.

Dalam kenyataan itu lagi, dikatakan bahawa Noh sudah mungkir janji dan telah memaklumkan dia tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan dia sebenarnya tahu.

Mizz Nina juga turut menzahirkan rasa kesal apabila privasi dan keselamatan Musa terganggu berikutan tindakan Noh yang telah mendedahkan wajah anak susuannya itu selain berkongsi nama penuh ibu kandung si kecil tersebut tanpa kebenaran.

Ibu kandung Musa telahpun memohon agar identitinya dirahsiakan namun Noh dengan sewenang-wenangnya mendedahkan privasinya yang sebelum itu turut berkongsi wajah Musa dalam media sosial,” ujar Mizz Nina.

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

Terpaksa dijelaskan agar tiada spekulasi

Dikatakan lagi bahawa perkara ini terpaksa dijelaskan supaya tidak ada spekulasi atau fitnah mengenai isu hak penjagaan Musa selepas ini.

Saya terpaksa bersuara bercerita kisah sebenar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah tentang perkara ini.

“Ini bukanlah hanya satu sisi cerita daripada saya tetapi inilah kebenarannya dan semoga Allah terus membawa kebenaran kepada kita semua,” ujar Mizz Nina menutup bicara.

Hak Penjagaan Noh Hilang Lepas Bercerai, Mizz Nina Dedah Musa Dibawa Keluar Tanpa Izinnya

Sebelum ini ibu kandung Musa menuntu permohonan maaf

Sebelum ini, ibu kandung Musa telah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh susulan didakwa melanggar perjanjian bagi merahsiakan wajah Musa.

Oleh demikian, Noh kemudiannya memuat naik video permohonan maaf dan menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui sebarang perjanjian antara wanita itu dengan bekas isteri, Mizz Nina.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut
Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K
Next Article Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?