• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah

Oleh
ILB - AI
18 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial skirt melambangkan dua kalimah syahadah

Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah. Baru-baru ini, berita Middle East Eye melaporkan bahawa jenama pakaian Mowalola dikecam netizen kerana mempamerkan bendera Arab Saudi daripada koleksinya, malah berjanji akan menarik balik skirt pendek itu.

Menurut sumber, skirt pendek itu diperecayai telah dipakai oleh seorang model wanita pada Pertunjukan Fesyen Musim Panas (SS24) di London, semalam.

Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah
Sumber: fashionista

Ramai mengecam kerana membenarkan model pakai skirt tersebut

Dalam pada itu, orang ramai di media sosial mengecam reka bentuk skirt tersebut kerana meletakkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab, seolah-olah tidak menghormati agama Islam.

Difahamkan, segelintir model turut memakai skirt pendek yang menampilkan bendera-bendera negara lain pada pertunjukan fesyen itu, namun ramai yang menyatakan bahawa bendera Arab Saudi tidak sepatutnya digunakan kerana mengandungi ayat suci.

Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah
Gambar skirt bendera negara lain. Sumber: fashionista

Bukan mahu pertahankan negara Arab Saudi, tapi ayat suci tidak boleh dipermainkan seperti itu

Bagaimanapun, seorang netizen berkata, isu tentang skirt mini itu bukan untuk mempertahankan negara Arab Saudi tetapi ayat tersebut suci kepada berbilion-bilion umat Islam.

Kemudian, susulan pertunjukan skirt mini tersebut, pereka fesyen itu meminta maaf menerusi aplikasi X dan berjanji menarik semula skirt itu daripada koleksinya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Abang Jo: Guna Isu Kaum, Agama Raih Sokongan Politik Tidak Baik Untuk Negara
Dakwa ‘Uniform’ Nurse Ketat Dan Nampak Bentuk Badan, Netizen Bidas Kenyataan MP PAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia 'Separuh Masak' Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia ‘Separuh Masak’
Next Article Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu Pernah Tipu Ditaja Biasiswa NASA, Netizen Dedah Pencapaian Felo Perdana Ini Juga Palsu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?