• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia ‘Separuh Masak’

Oleh
Aina Musa
18 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia 'Separuh Masak'

Kudung kaki dan tangan gara-gara makan ikan tidak dimasak dengan sempurna

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia ‘Separuh Masak. Ibu yang mempunyai seorang anak dari Amerika Syarikat (AS) hilang semua tangan dan kakinya selepas mengalami jangkitan kuman akibat makan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak dengan sempurna.

The Straits Times melaporkan, Laura Barajas, 40, dari San Jose, California, menjalani pembedahan kecemasan, Rabu lalu, selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan ketika melawan jangkitan dan dengan tangan dan kakinya sudah dipotong.

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia 'Separuh Masak'
Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia ‘Separuh Masak’. Kredit: Cari

Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas, iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, sakit beberapa hari selepas memasak dan memakan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan, pada akhir Julai lalu.

Los Angeles: Ibu yang mempunyai seorang anak dari Amerika Syarikat (AS) hilang semua tangan dan kakinya selepas mengalami jangkitan kuman akibat makan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak dengan sempurna.

The Straits Times melaporkan, Laura Barajas, 40, dari San Jose, California, menjalani pembedahan kecemasan, Rabu lalu, selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan ketika melawan jangkitan dan dengan tangan dan kakinya sudah dipotong.

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia 'Separuh Masak'

Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas, iaitu ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, sakit beberapa hari selepas memasak dan memakan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan, pada akhir Julai lalu.

“Dia hampir kehilangan nyawanya. Dia menggunakan alat pernafasan serta koma.

“Jari, kaki dan bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” kata Messina kepada stesen berita tempatan, Kron4.

Wanita Kudung Kaki Dan Tangan Gara-Gara Makan Ikan Tilapia 'Separuh Masak'

Messina percaya jangkitan itu disebabkan oleh Vibrio vulnificus, bakteria yang diberi amaran oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, pada 1 September lalu.

Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang masak atau mendedahkan luka kepada air laut.

Tambah CDC, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan itu dilaporkan setiap tahun di AS dan kira-kira satu daripada lima individu yang dijangkiti, meninggal dunia.

Messina berkata, dia dan keluarga Barajas masih berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku dan berharap orang ramai menyedari betapa berharganya kehidupan.

Sementara itu, Messina berusaha mengumpul dana buat Barajas menerusi halaman GoFundMe untuk membantu menanggung perbelanjaan perubatan rakannya.

Sehingga kini, lebih AS$35,000 (kira-kira RM164,045) sudah dikumpul hasil usaha Messina.

Baca lagi artikel menarik:

‘Tuah’ Guna Nombor Plat Kereta, Suri Rumah Di Sarawak Beruntung Menang Jackpot RM17 Juta
Manusia Kanibal, Kanak-Kanak Gelandangan Jadi Mangsa Kekejaman Pembunuh Bersiri Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Terima Kelulusan Import 1,000 Unit Kenderaan Elektrik Dan Hidrogen Tanpa Cukai Sarawak Terima Kelulusan Import 1,000 Unit Kenderaan Elektrik Dan Hidrogen Tanpa Cukai
Next Article Model Pakai Mini Skirt, Reka Bentuk Dua Kalimah Syahadah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?