• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia

Oleh
ILB - AI
25 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa Welson Sim telah meninggal dunia

Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia. Bapa Welson Sim, Sim Ah Tee, telah dilaporkan meninggal dunia. Menurut Twitter rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia, bapa kepada atlet renang Olimpik Malaysia itu telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pengumuman itu dibuat sekitar 13 jam lalu semasa penulisan artikel ini.

Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia

Sempat kembali untuk meluang masa dengan mendiang bapa selepas Sukan Olimpik Tokyo

Seorang rakan kepada Welson, Lina Lee, berkongsi sebuah Insta story yang dikongsi semula oleh Welson menerusi Instagram perenang itu. Menurutnya, Welson berjaya pulang ke Malaysia setelah selesai dengan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan menyelesaikan tempoh kuarantinnya bagi meluangkan masa bersama ayahnya.

Kredit: Instagram

“Pengumuman rasmi sudah keluar. Sudah beberapa hari sukar bagi rakan sepasukan dan rakan baik kita, Welson Sim. Sesuatu yang positif dari keadaan ini adalah bahawa dia berjaya kembali dari Sukan Olimpik dan menghabiskan masa kuarantin berikutnya untuk meluangkan masa dengan ayahnya sebelum ayahnya meninggal dunia. Hidup sangat berharga dan sementara. Keinginan kami adalah agar semua orang dapat menghargai masa mereka bersama orang tersayang pada masa yang ada di sini bersama kita, kerana tidak ada yang dapat meramalkan masa depan. Kepada Welson dan keluarganya, simpati yang tulus kami sampaikan kepada anda dalam keadaan tragis ini.”

Lina Lee

Tiga hari lalu, Welson telah berkongsi beberapa gambar menerusi Instagramnya, memaparkan beliau meluangkan masa bersama ahli-ahli keluarganya.

Mujur Welson masih sempat meluangkan masa bersama bapanya sebelum terlambat. Salam takziah diucapkan kepada Welson Sim dan sekeluarga.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia
Next Article Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang Oh Tidak! Seekor Burung Enggang Di Miri Mati Akibat Renjatan Elektrik Ketika Cari Tempat Bersarang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?