I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: MP Bintulu Hina DG Hisham ‘Takut Mati’ Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MP Bintulu Hina DG Hisham ‘Takut Mati’ Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau

Oleh Nur Afifah 11 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

“Hantar frontliners tapi sendiri tak turun padang sebab takut mati,” – MP Bintulu

MP Bintulu Hina DG Hisham ‘Takut Mati’ Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau. Persidangan Dewan Rakyat hari ini digemparkan lagi dengan sebuah kenyataan kontroversi dan memalukan daripada ahli parlimen Bintulu, YB Dato’ Seri Tiong King Sing apabila beliau mengecam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi sesi perbahasan tersebut, Tiong yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan telah mendakwa DG Hisham sebagai seseorang yang ‘takut mati’ kerana tidak turun padang melawat hospital tetapi sebaliknya menghantar para petugas barisan hadapan (frontliners) ke kawasan yang terjejas teruk akibat dilanda COVID-19.

DG Hisham lebih pentingkan projek bersama WHO, dakwa Tiong

Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa bahawa DG Hisham lebih mementingkan peruntukan dan projek bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada turun padang dan membantu secara langsung di kawasan yang terjejas teruk.

Sumber : Youtube Buletin TV3

Kenyataan memalukan tersebut lantas dicanggah oleh beberapa ahli parlimen yang lain yang menyifatkan tindakan beliau sebagai menghina penjawat awam dan ia adalah sesuatu yang melanggar peraturan undang-undang dewan rakyat.

Walau pun telah diarahkan untuk menarik balik kenyataan tersebut, Tiong masih tetap dengan pendiriannya yang umpama menegakkan benang yang basah.

Kenyataan tersebut dibidas secara profesional oleh DG Hisham

Namun demikian, DG Hisham telah memberi jawapan balas yang padu berhubung kenyataan tersebut.

MP Bintulu Hina DG Hisham 'Takut Mati' Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau
MP Bintulu Hina DG Hisham ‘Takut Mati’ Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau
Sumber foto : BERNAMA

Semasa sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini, beliau telah diajukan soalan berkenaan perkara tersebut. Jelasnya, beliau sendiri telah berangkat ke Sabah minggu lalu bersama Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali. Bukan itu sahaja, Dato’ Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas Perdana Menteri berkaitan Kesihatan Awam juga telah memantau sendiri situasi di Sabah bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dato’ Dr. Chong Chee Kheong.

Beliau bersama seluruh jentera pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melakukan intervensi khas untuk menguruskan situasi COVID-19 yang semakin meningkat terutamanya di Sabah.

Malah, beliau juga turut membidas kenyataan kontroversi tersebut dengan menegaskan bahawa tidak timbul isu ‘takut mati’ di pihaknya kerana sebagai Muslim, beliau percaya bahawa kematian tetap akan berlaku di mana-mana sahaja, tidak kisah sama ada dengan turun padang atau tidak. Yang penting adalah niat untuk menjalankan tugas dan niat pasukan kesihatan termasuk beliau adalah untuk memutuskan rantaian COVID-19.

“tidak timbul isu yang kita takut mati………kita sebagai orang islam kita terima kematian itu dimana mana akan berlaku bukan hanya turun padang atau tidak”-KP Kesihatan pic.twitter.com/rwBf64q2Rl

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 11, 2020

Jelas tunjukkan Tiong tidak cakna perkembangan semasa, tidak hargai jasa

Bagi anda yang sentiasa mengikuti perkembangan DG Hisham di laman Facebook rasminya, beliau juga telah beberapa kali turun ke Sabah dan hospital yang terjejas bagi memantau keadaan di sana. Situasi ini begitu berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tiong yang seolah-olah tidak menghargai pengorbanan dan jasa penjawat awam yang menjadi tonggak utama sistem kesihatan negara.

Kenyataan tersebut juga tidak sepatutnya keluar daripada seorang ahli parlimen jika benar beliau adalah seorang yang bijaksana, profesional dan mengambil berat akan isu semasa. Tindakan tersebut sebaliknya mencerminkan beliau sebagai seorang yang tidak cakna akan isu semasa yang sepatutnya menjadi pengetahuan asas seseorang yang bergelar menteri. Tahap pemahaman juga nampaknya ‘ke laut’.

MP Bintulu Hina DG Hisham 'Takut Mati' Di Parlimen, Sekali Ini Jawapan Balas Padu Dari Beliau
Ahli Parlimen Bintulu, YB Dato’ Seri Tiong King Sing.

Respon DG Hisham tunjukkan standard profesionalisme yang tinggi

Respon yang jelas dan padu daripada DG Hisham tersebut bukan sahaja memperlihatkan peribadi beliau yang berwibawa sebagai pemimpin di KKM tetapi juga menunjukkan profesionalisme nya sebagai penjawat awam yang berdedikasi untuk negara.

Semoga DG Hisham serta seluruh warga kerja KKM terus bersemangat dan tidak mudah mengalah. Tetaplah bersama-sama rakyat dalam memerangi COVID-19 di negara ini. Sama-sama kita bantu meratakan kembali lengkung jangkitan, sekurang-kurangnya agar hidup kita kembali tanpa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau Diperketatkan.

Jika anda ketinggalan, baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tadika Dan Taska Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Zon Hijau, Zon Merah Perlu Buat Permohonan
Next Article Penggubalan RUU Artikel 16 Sarawak Bertujuan Untuk Menjaga Kepentingan Rakyat Tempatan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?