fbpx
Cerita Borneo

DG Hisham Dilabel Fasis Gara-Gara Respon PATI, Netizen Bersatu Tepis Tuduhan

“Inilah masanya untuk kita melindungi DG Hisham” – Netizen

DG Hisham Dilabel Fasis Gara-Gara Respon PATI, Netizen Bersatu Tepis Tuduhan. Beberapa hari kebelakangan ini, hangat isu sebuah dokumentari agensi media antarabangsa yang menceritakan tentang layanan kerajaan Malaysia terhadap imigran haram semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dokumentari Al-Jazeera berat sebelah, bukan gambaran tepat

Dokumentari Al-Jazeera dengan jelas memperlihatkan laporan berat sebelah dengan tidak menyertakan penjelasan daripada pihak kerajaan. Segala temu bual hanya lah berdasarkan pandangan imigran dan PATI.

Ia diburukkan lagi dengan imej kawalan PKPD yang sengaja digambarkan sebagai perangkap kepada PATI berbanding kawalan pergerakan terhadap komuniti kawasan itu yang turut didiami oleh rakyat Malaysia.

DG Hisham beri respon PATI harus dihantar pulang segera

Di laman Twitter, DG Hisham turut memberikan respon terhadap imigran haram ini yang ternyata jelas salah di sisi undang-undang.

Beliau memberi respon bahawa pendatang asing tanpa izin sememangnya tidak pernah dialu-alukan di Malaysia. Sempadan negara juga haruslah diperketatkan dengan sebaiknya.

Kredit : BERNAMA

Selain itu, imigran sah juga seharusnya mengambil langkah berjaga dalam menghadapi situasi pandemik dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Majikan juga disarankan untuk meneliti semula kawasan perumahan pekerja asing mereka yang terlalu padat.

Beliau memberi respon tersebut semasa membalas ciapan seorang pengguna di laman Twitter.

Namun demikian, solusi yang dilontarkan oleh DG Hisham berkenaan penghantaran pulang imigran haram ini disalah ertikan sebagai fasis oleh segelintir rakyat.

Tidak cukup dengan itu, ada segelintir yang sanggup melemparkan kata-kata hinaan seperti ‘shame on you’.

DG Hisham Dilabel Fasis Gara-Gara Respon PATI, Netizen Bersatu Tepis Tuduhan
DG Hisham Dilabel Fasis Gara-Gara Respon PATI, Netizen Bersatu Tepis Tuduhan
DG Hisham Dilabel Fasis Gara-Gara Respon PATI, Netizen Bersatu Tepis Tuduhan

Kuasa netizen bangkit pertahan DG Hisham

Walau bagaimanapun, menyedari peranan DG Hisham yang begitu besar dalam mengutamakan kesihatan rakyat serta bertindak sebagai kapten mengendalikan pandemik di Malaysia, tuduhan fasis itu pula segera ditangkis oleh netizen di laman Twitter.

Seorang pengguna menjelaskan bahawa istilah ‘deport’ yang digunakan oleh DG Hisham adalah bermaksud dihantar pulang ke negara asal secepat mungkin. Tetapi ia tidak menafikan hak mereka untuk kembali ke negara ini dengan dokumen yang sah.

Tindakan tersebut tidak salah dan tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melemparkan tuduhan fasis terhadap DG Hisham.

“Bagaimana pula tindakan melindungi negara disamakan dengan fasis? Menurut pandangan saya, DG Hisham tidak pernah menunjukkan sikap fasis. Bagaimana beliau boleh digelar fasis kerana mempertahankan hak untuk rakyat Malaysia bebas dari COVID-19? Jika anda datang secara haram, kerajaan berhak menghantar anda pulang,”

– Muiz CHCH

“Sangat jelik melihat individu yang tidak berbuat apa-apa mempersoalkan cara DG Hisham mengendalikan pandemik ini walau pun beliau telah memberikan sepenuhnya dan segala upaya untuk melandaikan lengkungan. Sungguh tidak berterima kasih,”

@napiesz

“Sepenuhnya bersetuju dengan DG Hisham.

Walau bagaimanapun, jika mereka (PATI) memerlukan rawatan perubatan kecemasan, kami sebagai anggota perubatan profesional telah melayan mereka dengan adil.

Saya berharap kesemua PATI berada dalam keadaan sihat dan berdoa agar negara asal mereka prihatin dengan nasib mereka sama seperti kita prihatin dengan populasi negara kita sendiri,”

Dr. Rafidah Abdullah

“Lelaki ini telah berjaya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kebanyakan pemimpin negara lain pada ketika ini (yang masih bergelut). Anda tidak perlu memuji beliau tetapi jangan pula anda tidak menghormati beliau. Saya akan melawan sesiapa sahaja yang tidak menghormati hero kita, DG Hisham,”

@jamunah_velu

Memang tidak dapat dinafikan, sumbangan DG Hisham terhadap negara kita sememangnya besar kerana berjaya mengemudi pasukan kesihatan negara untuk melandaikan lengkungan pandemik.

Fikir sebaiknya sebelum lempar tuduhan

Pihak yang berkenaan sepatutnya berfikir dengan dalam sebelum mempersoalkan tindakan beliau yang wajar berdasarkan kepakarannya dan sudut pandangnya sebagai ahli perubatan.

Isu layanan yang tidak adil terhadap PATI ini tidak sepatutnya timbul kerana KKM telah menyediakan makanan serta ubat-ubatan untuk mereka walau pun mereka pendatang tanpa dokumen sah.

Bukan itu sahaja, mereka yang dijangkiti turut dijaga dan diletakkan di pusat kuarantin bagi membendung penularan pandemik pada tahap yang lebih parah.

Apa-apa pun, rakyat Malaysia jelas menghargai pengorbanan DG Hisham dalam menyelamatkan nyawa jutaan rakyat sewaktu pandemik ini melanda Malaysia.

Untuk cerita berkaitan, klik pautan ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button