• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya

Oleh
Nazihah AN
26 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya

Mesti dah ada yang tengah mencari resepi biskut untuk raya ni😍

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya. Dalam memasuki bulan Ramadan, tidak lengkap rasanya jika tidak menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.

Kali ini, kami ingin berkongsi resipi mudah untuk membuat kuih raya yang sedap dan pastinya disukai ramai iaitu coklat Nestum.

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya

Biskut ini pasti digemari ramai kanak-kanak

Resipi Coklat Nestum Bar ini telah dikongsi oleh pengguna Facebook Ida Zaida yang memerlukan hanya dua bahan sahaja iaitu coklat compound dan Nestum.

Resepi ini mudah dan cepat untuk disediakan, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba membuatnya di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  •  500g Nestum
  •  1kg dark coklat compound (beryl’s atau apa-apa jenama)
Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Sumber: FB Ida Zaida

Cara-cara penyediaan:

Langkah 1: Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler (anda juga boleh gunakan milk compound sesuai ikut citarasa masing-masing)

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 2: Masukkan Nestum ke dalam coklat compound yang sudah cair dan gaul sehingga sebati. Gaul sampai sebati biar bersalut elok yaa..

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 3: Masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik (senang nak keluarkan nanti) dan tekan untuk bagi ia rata, tetapi jangan mampatkan.

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Sumber: FB Ida Zaida

Langkah 4: Potong siap-siap, baru masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Dah sejuk nanti, korang boleh patah-patahkan dan simpan ke dalam bekas.

Jangan risau, ia masih rangup kalau korang tak letak dalam peti sejuk pun🥰

Mudah Saja! Hanya Guna Dua Bahan, Ini Adalah Resipi Coklat Nestum Bar Untuk Hidangan Raya
Sumber: FB Ida Zaida

Resepi mudah coklat Nestum ini adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang mudah, ringkas dan sedap. Hidangan ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk diberikan kepada sahabat atau ahli keluarga semasa Raya.

Semoga resepi ini dapat membantu anda mempersiapkan hidangan untuk menyambut Raya nanti. Selamat mencuba!

Lagi resipi menarik yang anda boleh cuba, lihat pautan di bawah:

Lebih 13K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Pedas ‘Smiling Fish’ Dengan Terung Asam
Sesuai Untuk Berbuka Dan Moreh, Ini Adalah 3 Resipi Kek Tanpa Oven Yang Mudah Untuk Anda Cuba
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagi Atasi Masalah Banjir, RM 29.6 Juta Telah Dilulus Untuk Bersihkan Sungai Tersumbat Di Sarawak
Next Article Berbuka Puasa Ala Piknik, ‘Lan Berambeh Sungkei’ Di Sibu Bakal Diadakan 8 April Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?