Resipi ini sangat sesuai untuk dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa atau moreh
Sesuai Untuk Berbuka Dan Moreh, Ini Adalah 3 Resipi Kek Tanpa Oven Yang Mudah Untuk Anda Cuba. Menikmati hidangan manis selepas makan merupakan satu hidangan yang lengkap. Justeru, manisan biasa seperti kek yang manis sering menjadi pilihan ramai ketika berbuka puasa termasuk moreh bersama orang tersayang.
Di sini, kami sediakan 3 resipi yang sangat mudah iaitu kek tanpa oven. Dalam resipi ini anda tidak perlu pening fikir menggunakan oven atau microwave. Resipi kek sebagai pemanis mulut ini juga boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Jom kita lihat!

1. Banana Kitkat Cake
Bahan-bahan:
- 12 biskut graham di blend kasar
- 3 sudu besar mentega cair
- 1 sudu besar gula
- 2 biji pisang masak (dipotong)
- 1 pek (250 ml) Nestle All Purpose Cream
- 2/3 cawan susu pekat
- 2 pek Kitkat 4 jari (hancur)

Cara-cara pembuatan:
- Masukkan biskut graham yang di blend kasar di dalam mangkuk, masukkan mentega cair dan gula dalam mangkuk tersebut dan kacau rata.
- Tekan adunan biskut graham tersebut di atas base dalam acuan yang anda nak dengan menggunakan gelas, dan ratakan sehingga ianya nampak mampat.
- Masukkan Nestle All Purpose ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan nampak gebu. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga ianya nampak sebati.
- Setelah 2 bahan tersebut nampak sebati, masukkan kitkat yang sudah dihancurkan dan gaul perlahan sehingga ianya nampak rata dan tiada ketulan.
- Siap segala bahan, barulah anda lapiskan krim kitkat tersebut di dalam acuan dengan hirisan pisang dan biskut graham. Ulang dan lapiskan 3 bahan tersebut. Jangan lupa hiaskan kek anda dengan apa jenis topping disukai!
- Sejukkan kek pisang kitkat tersebut semalaman di dalam peti sejuk. Dan anda boleh nikmati kek pisang kitkat semasa berbuka nanti!
P/s: anda juga boleh tukarkan pisang dengan apa-apa jenis buah-buahan yang anda suka.

2. Cappuchino Icebox Cake
Bahan-bahan:
- 3 sudu besar ( campuran cappuccino segera + 2 sudu besar air atau susu )
- 2 cawan krim putar (whipping cream)
- 2 cawan Greek yogurt
- 2 sudu kecil ekstrak vanila
- 4 sudu besar gula perang
- 300g biskut graham (biskut lain pun boleh)
- 5 sudu besar campuran cappuccino segera + 1/4 cawan susu suam (untuk merendam biskut)

Cara-cara pembuatan:
Untuk krim:
- Masukkan krim putar di dalam mangkuk besar dan pukul sehingga ia kembang dan nampak gebu dan yang penting sekali ianya soft peak.
- Dalam mangkuk yang sama, masukkan 3 sudu besar cappucino segera yang telah dicapur air atau susu, Greek yogurt, ekstrak vanilla dan gula perang.
- Gaul perlahan sehingga sebati.
Untuk celupan biskut:
- Masukkan 5 sudu besar cappucino segera yang telah dicampur 1/4 air atau susu di dalam bekas sedikit leper.
- Rendam setiap biskut graham dalam bancuhan cappucino tersebut dan letak tepi.
Di dalam loyang:
- Letakkan celupan biskut graham tersebut di dalam loyang 8 x 8 dan lapiskan dengan 1/3 campuran krim tersebut di atas lapisan biskut graham.
- Ulang cara tersebut sehingga paras loyang. Tutup dan bungkuskan dengan kemas menggunakan crystal wrap.
- Simpan di dalam pti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
- Sedia dihidang sejuk.
P/s: Anda boleh taburkan sedikit koko sebagai topping di atas kek Cappucino sebelum dihidangkan.

3. Oreo Icebox Cake
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan heavy whipping cream
- 1/4 cawan gula halus
- 35 – 40 biji oreo

Cara-cara pembuatan:
- Masukkan 1 1/2 cawan heavy whipping cream di dalam satu bekas atau mangkuk yang besar. Pukul sehingga ianya soft peak dan gebu.
- Kemudian masukkan 1/4 cawan gula halus sedikit demi sedikit sambil mengadun sehinggalah ianya membentuk stiff form. Berhati-hati untuk tidak meletakkan gula halus secara berlebihan.
- Sediakan loyang 8 x 8 dan letakkan kepingan oreo sebagai lapisan pertama dan diikuti dengan 1/3 adunan whipping cream tersebut.
- Lapiskan dengan kepingan oreo lagi sekali dan ulang langkah tersebut sehingga paras loyang.
- Hiaskan kek oreo dengan oreo yang telah dihancurkan sebagai topping. Kemudian bungkus dan kemas menggunakan crystal wrap.
- Simpan kek di dalam peti sejuk selama 4-6 jam sebelum dihidangkan.
P/s: Anda boleh gantikan Oreo dengan biskut kegemaran anda seperti biskut coklat, wafer dan lain-lain.