• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia

Oleh
Nazihah AN
20 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia

Juara Bantamweight Lelaki WBC Muaythai Malaysia

Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia. Muhammad Hasbullah B. Mood, 22 tahun, anak kelahiran Sadong Jaya, Sarawak, mencipta sejarah dengan menjuarai Tali Pinggang WBC Muaythai Malaysia National Champion kategori Bantamweight Lelaki.

Kejayaan ini diraih dalam kejohanan Rentap Fighting Championship yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia
Sumber gambar: FB WBC Muaythai Malaysia

Hasbullah bawa pulang tali pinggang WBC Muaythai

Lebih istimewa, ini adalah kali pertama Tali Pinggang WBC Muaythai Malaysia National Championship dipertandingkan di negara ini, sekaligus menjadikan Muhammad Hasbullah petarung Muaythai pertama dari Sarawak yang berjaya merangkul gelaran berprestij tersebut.

Hasbullah, atlet dari Kelab Muaythai Phoenix Sadong Jaya, telah menjalani latihan intensif selama 4 bulan di Academy Discover Muaythai yang berpusat di Rentap Gym Muaythai Kuching, Sarawak. Latihan dedikasi ini membuahkan hasil dengan kemenangan bersejarah yang dicapainya.

Sebelum mencapai kejayaan terkininya, Hasbullah turut menyumbang kepada kejayaan pasukan Sarawak dalam Kejohanan Muaythai Sabah 2024 yang diadakan di Kota Kinabalu dari 29 Februari hingga 4 Mac 2024. Dalam kejohanan tersebut, pasukan Sarawak meraih 13 pingat emas, 6 perak, dan 6 gangsa, dengan Hasbullah menyumbang salah satu pingat perak tersebut.

Baca juga cerita yang menarik mengenai atlet-atlet dari Sarawak, di bawah:

Khabib Pelawa Sedia Beri Latihan Eksklusif Bintang Muay Thai Jojo Di Dagestan
Miki Ghazali Tepati Ramalan Raih Emas Muaythai SUKMA Untuk Sarawak

SUMBER :Majlis Sukan Negara MalaysiaTiktok @ahmaddaengmaroa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata
Next Article Anak Jati Sarawak, Munirih Jebeni Bawa Sape Ke Persada Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?