• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata

Oleh
Nazihah AN
20 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata

Jom Kita Undi Warna Mata Kucing!

Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata. Kalau biasanya kita mengundi untuk memilih wakil rakyat, kali ini lain sikit—penduduk Kuching dan netizen dijemput mengundi warna mata untuk patung kucing ikonik di Padungan!

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, baru-baru ini mengumumkan di Facebook bahawa empat patung kucing putih di Jalan Padungan akan menerima sentuhan baru pada mata mereka. Tapi, keputusan ini diserahkan sepenuhnya kepada rakyat!

Patung Ikonik Kucing Di Padungan Kini Tunggu Undian Warna Mata

Boleh pilih empat daripada lapan warna yang disediakan

Dalam hantaran Facebook yang pantas mendapat perhatian ramai, Dato Wee Hong Seng meminta penduduk untuk memilih empat daripada lapan warna yang disediakan:

  • A: Marigold (kuning terang)
  • B: Metallic Purple (ungu metalik)
  • C: Silver (perak)
  • D: Alien Green (hijau neon)
  • E: Metallic Ocean (biru lautan)
  • F: Copper (jingga tembaga)
  • G: Metallic Teal (biru kehijauan)
  • H: Chocolate Cherry (merah gelap)

Pendek kata, rakyat Sarawak kini boleh menunjukkan kreativiti mereka dengan memilih kombinasi warna kegemaran mereka untuk memberi wajah baru kepada patung kucing ini!

Kenapa perlu undi?

Patung kucing di Jalan Padungan adalah simbol ikonik bandar Kuching, dikenali bukan sahaja oleh penduduk tempatan tetapi juga pelancong. Jadi, pemilihan warna mata ini bukan sekadar soal estetik, tetapi melibatkan identiti bandar!

Bagaimana cara undi?

Mudah sahaja! Anda hanya perlu:

  1. Pergi ke hantaran Facebook Dato Wee Hong Seng.
  2. Berikan undian atau komen warna pilihan anda.
  3. Nantikan hasilnya, yang pastinya akan membawa wajah baru untuk patung kucing ini!

Baca juga cerita menarik di bawah:

Kawah Gunung Berapi Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Tak Tahu
Masuk Malaysia Book Of Record, Titian Perpaduan Destinasi Menarik Di Miri

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Di Media Sosial, Rakaman CCTV Rompakan Bersenjata Parang Di Kedai Runcit Lahad Datu
Next Article Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia Anak Jati Sadong Jaya, Muhammad Hasbullah Berjaya Menjuarai WBC Muaythai Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?