• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan

Oleh
ILB - AI
27 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Imbau Insiden kanak-kanak jatuh dari tingkat 9.

Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan. Terkadang gerak-geri si kecil amat sukar untuk diperhatikan tatkala kita lalai walaupun seketika.

Gempar insiden yang menyayat hati ini amat sukar diterima apabila si ibu terpaksa meratap jasad anaknya dipercayai terjatuh dari balkoni dapur tingkat sembilan di Flat Sri Sabah Cheras semalam.

Lapor media tempatan, ibu dan adik mangsa dikatakan turut berada di rumah namun mereka tidak menyedari bahawa mangsa berada di dapur sebelum kejadian itu berlaku.

Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan
Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan

Kes kematian terjatuh dari bangunan bukanlah kejadian yang pertama bahkan sering kita lihat berlaku di negara ini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi Laporan Dunia Mengenai Pencegahan Kecedaraan Kanak-Kanak 2004, jatuh merupakan sebab utama kecederaan dan kematian dalam kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Langkah pencegahan untuk menghindari kejadian jatuh

Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan
Contoh penghadang dan pembatas yang boleh dipasang di kediaman rumah. Kredit foto: Alamy

Oleh itu, jom kita lihat langkah berjaga-jaga untuk keselamatan kanak-kanak di rumah yang boleh kita lakukan.

  1. Penghadang (window guard) – jeriji dengan jarak ruang tidak lebih daripada 10cm & ketinggian tidak kurang daripada 1.1mm.
  2. Pembatas (window stop) – membataskan bukaan tingkap tidak lebih daripada 10cm.

Selain itu, ada juga perancangan jangka pendek dan panjang ibubapa boleh terapkan.

Jangka pendek:

  1. Penghuni di kediaman bertingkat dengan anak kecil disarankan memasang peranti keselamatan.
  2. Gunakan selak tingkap jenis yang boleh dikunci.
  3. Mengawasi pergerakan kanak-kanak setiap masa jika mereka bermain di tingkap atau balkoni.
  4. Ubah susunan perabot tidak berdekatan dengan tingkap agar tidak boleh dipanjat oleh kanak-kanak.

Jangka panjang:

  1. Kempen ‘Kids Can’t Fly‘ telah dialancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencegah kejadian jatuh bangunan berlaku.
  2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggubal undang-undang mewajibkan pamaju perumahan memasang peranti keselamatan tingkap.
  3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka silibus pendidikan berkaitan keselematan dan pencegahan jatuh dalam kalangan kanak-kanak dan pra-sekolah.
Insiden Kanak-Kanak Jatuh Bangunan Meningkat, Ini Langkah Pencegahan Perlu Dilakukan
Gambar hiasan

Mencegah lebih baik daripada merawat, sekurang-kurangnya ada usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membendung kes jatuh daripada berlaku.

Semestinya, kanak-kanak kurang peka dengan keadaan sekeliling dan kita sebagai orang dewasa harus memantau dan memberi pendedahan kepada mereka untuk lebih berhati-hati sewaktu berada di tempat tinggi.

Wah, Sarawak merancang untuk miliki syarikat penerbangan sendiri. Jom baca di sini:

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan

Jom check out lima promosi hebat sempena Hari Kemerdekaan tahun ini:

Ini 5 Promosi Hebat Kedai Makan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka Tahun Ini
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran
Next Article ‘Mul Naengmyeon Sarawak’, Chelum Chocolate Cafe Hidang ‘Cold Noodles’ Inspirasi Daripada Korea

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?