• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai

Oleh
ILB - AI
6 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Misteri bot terdampar di Pantai Trombol hampir terungkai, dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express, China

Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Beberapa hari yang lalu, penduduk di sekitar Pantai Trombol heboh dengan penemuan sebuah bot penyelamat kosong yang terdampar. Hari ini pula misteri bot penyelamat terdampar berkenaan hampir terungkai.

Bot penyelamat yang hanya menunggu pengesahan rasmi pihak berwajib tersebut, dipercayai milik kapal kargo MV Lider Express. Kapal kargo milik China ini dilaporkan mengalami permasalahan semasa belayar.

Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai
Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Dipercayai kemungkin bot penyelamat ini hanyut dan terdampar kerana kapal kargo alami masalah semasa belayar dan penemuan perkataan Cina kuatkan sangkaan ianya milik China

Oleh sebab permasalahan teknikal yang dihadapi semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia, berkemungkinan bot penyelamat tersebut terpisah dari kapal kargo yang membuatkan ianya hanyut sehingga terdampar di Pantai Trombol.

Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamans Pertama Maritim Zin Azman MD Yunus, bot penyelamat tersebut dipercayai milik kargo China kerana beberapa tulisan Cina yang ditemui.

Bukan itu sahaja, perkataan “Bohamingzhu” yang turut ditemui pada bot penyelamat tersebut menguatkan lagi sangkaan bahawa ianya milik kapal kargo China yang dimaksudkan.

Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai
Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai. Sumber gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Sementara menunggu pengesahan rasmi, bot berkenan akan dilanjutkan siasatan oleh pihak APMM dan Polis Diraja Malaysia kerana ianya juga akan dipindahkan terlebih dahulu ke kawasan berdekatan di Telaga Air.

Sudahlah sekarang rakyat Malaysia tengah ‘sensitif’ sikit dengan nama China ni dek kerana khuatir dengan Covid varian baru dan kemasukan pelancong dari sana. Diharapkan misteri bot penyelamat yang dipercayai milik China ini, tidak mendatangkan apa-apa keresahan yang lain kepada rakyat.

Ini antara artikel yang berkaitan dengan isu Covid dan kemasukan pelancong yang hangat perdebatan kan dalam kalangan orang ramai ketika ini:

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
Sabah Antara Negeri Pertama Tetapkan SOP Kemasukan Pelancong Dari China
SUMBER :FB Bilik Berita CATS - BBcats
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diuji Positif Dadah, Pasangan Terlibat Dalam Pembunuhan Kanak-Kanak Perempuan Di Bau Ditahan 7 Hari Diuji Positif Dadah, Pasangan Terlibat Dalam Pembunuhan Kanak-Kanak Perempuan Di Bau Ditahan 7 Hari
Next Article Pemenang Pertandingan Fotografi 'Hidden Gems Sarawak' Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu Pemenang Pertandingan Fotografi ‘Hidden Gems Sarawak’ Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?