• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemenang Pertandingan Fotografi ‘Hidden Gems Sarawak’ Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu

Oleh
Nazihah AN
6 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pemenang Pertandingan Fotografi 'Hidden Gems Sarawak' Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu

Pemenang tersebut telah melanggar terma dan syarat pertandingan.

Pemenang Pertandingan Fotografi ‘Hidden Gems Sarawak’ Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu. Pemenang Pertandingan Fotografi di Sarawak anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) telah ditarik balik setelah mendapati ianya melanggar terma dan syarat pertandingan.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Sarawak Travel melalui ruang komen kongsian di laman Facebook mereka. Sebelum ini pihak mereka telah menganjurkan sebuah pertandingan fotografi ‘Hidden Gems Sarawak’ untuk tahun 2022.

Pemenang Pertandingan Fotografi 'Hidden Gems Sarawak' Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu
Pemenang Pertandingan Fotografi ‘Hidden Gems Sarawak’ Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu

Tarikh akhir untuk hantar gambar-gambar sertai pertandingan pada 15 Disember 2022.

Beberapa minggu lepas, pihaknya telah mengumumkan pemenang dalam pertandingan fotografi serta memuat naik gambar yang telah diambil oleh kanak-kanak yang berusia 8 tahun dari Sarikei.

Gambar tersebut telah diambil dan memaparkan masyarakat Cina sedang menyediakan barangan untuk ‘dipersembahkan’ semasa perayaan Hantu Lapar yang disambut di kaki Kuil Sibu Eng Ann Teng Tua Pek Kong.

Pemenang Pertandingan Fotografi 'Hidden Gems Sarawak' Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu
Sumber: FB Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

“Kami kini sedang memuktamadkan senarai dan akan mengumumkannya dalam beberapa hari akan datang” – STB

Walau bagaimanapun, pemenang tersebut telah ditarik balik apabila pihak penganjur mendapati bahawa pemenang tersebut telah melanggar terma dan syarat pertandingan. Menurut Sarawak Travel, pihak mereka mendapati bahawa gambar yang diserahkan itu telah diambil sebelum tahun 2022.

Dalam syarat tersebut telah dinyatakan bahawa penyertaan tersebut, semua gambar dan video mesti diambil pada tahun sehingga tarikh tutup pertandingan sebelum 15 Disember 2022.

Pemenang Pertandingan Fotografi 'Hidden Gems Sarawak' Ditarik Balik, STB Bakal Umum Pemenang Baharu
Sumber: FB Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

Oleh itu, pihak STB memaklumkan senarai baharu pemenang akan diumumkan dalam beberapa hari nanti.

Selepas pengesahan, pengesahan dan pertimbangan yang teliti, kami mendapati gambar pemenang Hadiah Utama telah melanggar klausa dalam pertandingan kami. Oleh itu, keputusan telah dibuat untuk membatalkan kelayakan gambar tersebut. Terima kasih.

Kami kini sedang memuktamadkan senarai dan akan mengumumkannya dalam beberapa hari akan datang.”

FB Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

Kami telah mengesahkan dengan pihak berkaitan bahawa gambar itu diambil sebelum 2022 yang melanggar terma dan syarat.”

FB Sarawak Travel, Malaysia, Borneo

Lagi artikel informatif, anda boleh baca di pautan bawah:

10 Pantang Larang Masyarakat Cina Yang Perlu Anda Tahu Semasa Perayaan Hantu Lapar
Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mungkin Milik Kargo China, Misteri Bot Penyelamat Di Pantai Trombol Hampir Terungkai
Next Article Gambar Majlis Anak Tak Memuaskan, Wanita Dari Sabah Ini Berang Dapat Jurugambar Tidak Professional Gambar Majlis Anak Tak Memuaskan, Wanita Dari Sabah Ini Berang Dapat Jurugambar Tidak Professional

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?