• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman

Oleh
Aina Musa
4 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Lukisan Mural Tarikan Baru Pengunjung Di Sri Aman

Lukisan mural bermotifkan beberapa ikon popular Sarawak

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman. Lukisan mural sepanjang 209 meter yang terletak di benteng bukit Kubu Alice berdekatan Taman Tebingan Sungai Batang Lupar mampu menarik perhatian pengunjung berkunjung ke bandar Sri Aman sempena penganjuran Pesta Benak, Sri Aman pada hujung minggu ini.

Antara ikon yang dilihat terkandung dalam motif lukisan mural itu ialah burung kenyalang, buaya Bujang Senang, burung merpati, peluncur ombak, paku pakis, ikan bulu dan alunan benak.

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman. Kredit Foto: Sarawak Today

Ia dihasilkan lima pelajar Fakulti Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Samarahan dan lima pelajar Fakulti Fakulti Seni Gunaan dan Teknologi Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Hasil seni tangan pelajar UITM dan UNIMAS

Lukisan mural itu dihasilkan oleh lima pelajar Fakulti Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Samarahan dan lima pelajar Fakulti ‘Applied and Creative Art’ Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sejak 24 Ogos sehingga ia selesai beberapa hari lepas.

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
Kredit Foto: Iswandy SK

Ketua projeknya, Muhammad Harith Azmi berkata, kawasan benteng Kubu Alice dipilih oleh pihak Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bagi tujuan lukisan mural memandangkan ia tumpuan ramai di bandar ini.

“Lukisan mural ini sebenarnya boleh disiapkan antara empat hingga lima hari. Bagaimanapun keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan projek berlangsung selama lapan hari.

katanya

Menggabungkan beberapa teknik dalam penghasilan seni mural tersebut

“Pasukan kami menggunakan teknik stensilan untuk menghasilkan lukisan mural pada benteng terbabit dengan motif berkenaan pula dihasilkan melalui kemahiran tangan,” katanya.

Beliau berkata, penghasilan lukisan mural terbabit secara tidak langsung memperkenalkan seni kontemporari dalam kalangan komuniti setempat di Sri Aman dan seterusnya menarik minat mereka untuk mempelajarinya.

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman.

“Sehubungan itu kami berharap agar penduduk di Sri Aman dapat menghargai lukisan mural di benteng Bukit Alice dan menjaganya sebaik mungkin demi tujuan kecantikan bandar ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga merancang menghasilkan lukisan mural di luar kawasan Sri Aman seperti Kuching, Serian dan Betong jika diundang untuk berbuat demikian.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga, Dayang Norazah Awang Sohor diberi penghormatan melakukan simbolik perasmian lukisan mural petang tadi.

Hadir bersama, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Setiausaha MDSA, Tay Guan Huat dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Seni Kreatif UiTM cawangan Samarahan, Dr Valerie Michael.

Bercadang melawat ke Sri Aman? Ketahui apa yang menarik di Sri Aman:

https://www.iloveborneo.my/unik-dan-menarik-satay-mee-makanan-ikonik-di-bandar-sri-aman-yang-anda-perlu-cuba/
Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article CoreHalal, Startup Teknologi Pertama Sabah Tembusi Pasaran Global
Next Article Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?