I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 4 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kemalangan melibatkan adik dan abang.

Padah Guna Motorsika Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan. Tiada siapa yang jangka jika kemalangan akan berlaku. Bahkan, tiada siapa juga yang dapat jangka jika kemalangan berlaku melibatkan adik-beradik sendiri.

Hal ini telah berlaku malam semalam apabila dua buah motorsikal telah bertembung sesama sendiri dan mangsa kejadian ini merupakan adik dan abang. Kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 malam di Jalan Mambong, Padawan ini telah meragut nyawa salah seorang daripada beradik ini.

Padah Guna Motorsika Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Padah Guna Motorsika Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan. Sumber gambar: FB Borneo Network

Motorsikal tanpa lampu dan masuk laluan tiba-tiba.

Welter Anak Rippu yang berusia 26 tahun merupakan seorang buruh telah keluar untuk mencari keberadaan adiknya yang telah keluar untuk memancing. Tetapi, berlaku sebaliknya apabila kedua beradik ini telah terlibat dalam kemalangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, Welter yang menaiki motorsikal Honda Wave telah melanggar dan bertembung dengan motorsikal Honda EX5 milik adiknya. Pertembungan ini terjadi apabila motorsikal kedua-dua beradik ini tidak mempunyai lampu hadapan.

Padah Guna Motorsika Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Sumber gambar: FB Borneo Network

Kejadian yang berlaku di Jalan Mambong ini bukan sahaja kerana ketiadaan lampu hadapan motorsikal. Malah, motorsikal yang ditunggang oleh abang telah masuk ke laluan secara tiba-tiba dari arah Kampung Sikog. Manakala, motorsikal yang ditunggang oleh adik pula sedang bergerak lurus di laluan yang sama untuk ke Kampung Sikog dari arah Kuching.

Padah Guna Motorsika Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Sumber gambar: FB Borneo Network

Abang maut, adik cedera parah.

Kecuaian menunggang motorsikal dengan memasuki laluan lurus secara tiba-tiba beserta dengan keadaan motorsikal yang tidak berlampu hadapan telah mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa. Welter telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang agak parah di bahagian kepala. Manakala adik mangsa, Terry Anak Rippu yang berusia 18 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala tetapi telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Ini adalah antara kesan dan agak berbahaya jika keadaan motorsikal dalam keadaan tidak berlampu dan menunggang motorsikal secara cuai. Semoga kejadian seperti ini tidak akan terulang lagu. Salam takziah untuk keluarga mangsa.

Berikut adalah artikel tentang kemalangan yang melibatkan motorsikal:

SUMBER : FB Borneo Network
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lukisan Mural Tarikan Baru Pengunjung Di Sri Aman Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
Next Article Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?