• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman

Oleh
ILB - AI
25 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman

Pesta Benak Sri Aman, Pesta Rare Yang Anda Perlu Pergi Di Sarawak

Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman. ‘Benak’ ialah istilah tempatan Sarawak mengenai kejadian air pasang yang berlaku dengan alunan berombak.

‘Benak’ merupakan satu kejadian yang berlaku akibat keadaan muara sungai yang luas dan dasar sungai yang cetek, di mana permukaan air akan membentuk struktur ombak yang beralun menuju ke bahagian hulu sungai apabila tiba waktu air pasang.

Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman
Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman

Pesta Benak berlaku di Batang Lupar

Fenomena ‘benak’ yang berlaku di Batang Lupar merupakan salah satu daripada 60 kejadian ‘benak’ di seluruh dunia. ‘Benak’ Batang Lupar bermula di kawasan Pulau Seduku, di bahagian hulu Pekan Lingga, kira-kira 44.6 km dari muara dan 34.5 km dari bandar Sri Aman.

Kalau ke Sri Aman, jangan ketinggalan untuk pergi ke Pesta Benak!

‘Benak’ mengalun dengan kelajuan sekitar 7 hingga 18 km sejam. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide), dan akan melintasi tebingan bandar Sri Aman yang menjadi lokasi utama Pesta Benak.

Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman
Pesta Rare Yang Anda Wajib Pergi, Ketahui Fenomena Air Pasang Pesta Benak Di Sri Aman

Selain dari pesta Benak, terdapat banyak lagi tempat untuk anda lawati seperti :

1. Kubu Alice

Nama Kubu Alice diambil dari nama isteri Charles Brooke Margaret Alice Lili, telah di bina pada tahun 1864 dan merupakan salah satu bangunan yang tertua di Sri Aman.

Tujuan kubu ini di bina adalah sebagai kubu pertahanan mengawal Sungai Batang Lupar. Bagi mereka yang meminati sejarah, ini merupakan tempat yang perlu anda lawati.

2. Taman Panorama Benak Sri Aman

Tujuan utama taman ini di buat adalah untuk kemudahan pengunjung melihat Benak semasa Pesta Benak.

Tetapi rekaan taman Panaroma ini sangat menarik dan sangat bersesuaian jika anda ingin berehat dan melapangkan minda.

3. Pasar Tamu Sri Aman

Ini merupakan tempat yang harus anda kunjungi apabila berada di Bandar Sri Aman, disinilah tempat di mana anda boleh melihat keseluruhan masyarakat Sri Aman berkumpul. Di Pasar Tamu ini juga ada menjual pelbagai barangan dapur dan sayuran-sayuran yang segar.

4. Mencuba Makanan Di Sri Aman

Salah satu yang terkenal di Sri Aman adalah makanannya yang sangat sedap dan juga unik. Tidak sah kunjungan anda ke Sri Aman jika tidak merasai keenakan makanan di sini.

Berikut ini adalah 4 acara tahunan terbesar di Sarawak yang menarik untuk dikunjungi. Baca artikel di bawah:

Masukkan Dalam Bucket List Anda! 5 Acara Terbesar Kembali Memeriahkan Sarawak Tahun Ini
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Diminta Perjelas Kerugian Pelaburan Kerajaan Negeri Dalam Serba Dinamik
Next Article Tular Pelajar Sekolah Gaduh Beramai-Ramai Di Sandakan, Suspek Kini Diburu Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?