• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

MyKad Lama Bakal Digantikan, Ketahui Ciri-Ciri Kad Pengenalan Baharu

Oleh
Farisha
20 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Ini ciri-ciri MyKad baharu, mempunyai ciri keselamatan tinggi

MyKad Lama Bakal Digantikan, Ketahui Ciri-Ciri Kad Pengenalan Baharu. Rakyat Malaysia bakal menerima kad pengenalan baharu sebagai pengganti MyKad yang telah digunakan sejak tahun 2012.

Menurut laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menyatakan bahawa pengenalan kad pengenalan dengan struktur baharu ini bertujuan meningkatkan ciri keselamatannya.

MyKad Lama Bakal Digantikan, Ketahui Ciri-Ciri Kad Pengenalan Baharu
Sumber foto: FMT. MyKad Lama Bakal Digantikan, Ketahui Ciri-Ciri Kad Pengenalan Baharu

Akan mempunyai elemen seperti tulisan laser, hologram dan diperbuat dari bahan ‘polycarbonat’

Kad pengenalan baharu tersebut akan direka dengan elemen moden seperti tulisan laser dan hologram, serta diperbuat daripada bahan ‘polycarbonat’ yang telah diuji ketahanannya di makmal bertauliah.

Beliau menegaskan langkah ini adalah untuk mencegah cubaan pemalsuan dan penyalahgunaan MyKad, yang merupakan dokumen penting negara. Kad pengenalan baharu juga akan dilengkapi kapasiti storan yang lebih besar dan piawaian keselamatan yang lebih tinggi bagi memastikan perlindungan data pengguna.

Langkah ini adalah untuk mengatasi pemalsuan kad identiti

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias, sebelum ini menyatakan bahawa semua fungsi MyKad generasi lama akan dihentikan sebaik sahaja generasi baharu diperkenalkan. Langkah ini diambil untuk mengatasi isu pemalsuan kad identiti, menurut laporan media tempatan.

Dalam pada itu, JPN sedang menjalankan kajian pasaran untuk memastikan pelaksanaan MyKad baharu ini memberikan nilai terbaik dari segi kos penggantian. Usaha ini bertujuan mengurangkan beban kewangan kerajaan serta memastikan penggunaan sumber secara optimum mengikut garis panduan kerajaan.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai MyKad yang mungkin anda tidak tahu:

Ini Adalah 4 Fakta Menarik Tentang MyKad Anda Mungkin Tak Tahu
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Festival Anak Sarawak 2024 Bakal Meriahkan Muzium Negara Hujung Minggu Ini
Next Article Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024 Jalan Bulatan Rembus Ditutup Untuk Pembinaan Laluan ART Mulai 21 November 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?