• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Lancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri Pertama Di Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
15 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Teknologi tenaga hijau Sarawak

Sarawak Lancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri Pertama Di Malaysia. Dilaporkan, baru-baru ini, Sarawak Energy Berhad (SEB) melancarkan Battery Energy Storage System (BESS) pertama di Malaysia yang terletak di Stesen Janakuasa Sejingkat, Kuching.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, berkata bahawa sistem berkapasiti 60 Megawatt (MW) ini mula beroperasi pada Disember 2024 lalu dan berperanan besar dalam meningkatkan kecekapan sistem tenaga di Sarawak.

Beliau berkata, ini yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan kalau berjaya, mungkin akan dipasang di lokasi lain kerana sistem ini sangat mudah alih. Beliau berkata dirinya melihat BESS sebagai satu langkah untuk memastikan bekalan tenaga lebih stabil, terutama di kawasan luar bandar.

Sarawak Lancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri Pertama Di Malaysia
Sarawak Lancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri Pertama Di Malaysia. Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Sarawak guna lebih tenaga hijau

Menurut Premier Sarawak lagi, sistem ini membolehkan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria diserap dengan lebih baik ke dalam grid elektrik, selari dengan sasaran Sarawak mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030 di bawah Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

Untuk menjayakan inisiatif ini, SEB telah melabur RM128 juta bagi menempatkan 22 kontena berisi bateri berteknologi tinggi.

“Penting bagi kita untuk memanfaatkan teknologi baharu ini sebagai penyelesaian tenaga masa depan,” tambahnya.

Sarawak Lancarkan Sistem Simpanan Tenaga Bateri Pertama Di Malaysia
Sumber gambar: FB Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS

Sumber tenaga kecemasan

Selain bertindak sebagai sumber tenaga kecemasan, BESS juga mengawal voltan dan kekerapan grid, menjadikan sistem elektrik lebih stabil dan efisien.

Buat masa ini, Stesen Janakuasa Sejingkat yang berkapasiti 150MW merupakan loji tenaga arang batu pertama di Borneo dan kedua di Malaysia. Namun, Sarawak Energy kini dalam proses beralih kepada tenaga lebih bersih bagi mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong kelestarian alam sekitar.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama, termasuk Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili.

Dengan langkah ini, Sarawak bukan sahaja menjadi pelopor dalam teknologi tenaga hijau di Malaysia, tetapi juga membuktikan komitmennya dalam membangunkan masa depan yang lebih mampan!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

TERKINI: MASWings Kini Rasmi Dinamakan Semula Sebagai AirBorneo
Petros Ambil Tindakan Segera Atasi Gangguan Bekalan LPG di Miri dan Bintulu

SUMBER :Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petros Ambil Tindakan Segera Atasi Gangguan Bekalan LPG di Miri dan Bintulu
Next Article Restoran Gua Pertama Di Singapura Ini Ambil Inspirasi Dari Gua Mulu Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?