• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Oleh
Nazihah AN
2 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Indonesia berada di tangga ke-32 daripada 117 negara dalam laporan TTCI 2021

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021. Menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno berkata bahawa Indonesia bertambah baik dalam sektor pelancongan dan berjaya naik 12 tangga dalam Forum Ekonomi Dunia, Travel and Tourism’s 2021 (TTCI).

Berikut ialah Forum Ekonomi Dunia yang telah dikeluarkan pada 24 Mac 2022, laporan berkenaan dengan TTCI 2021. Klik di sini.

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021
Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Berada di kedudukan 32 daripada 117 negara.

Dipetik dari BERNAMA, pada masa ini, Indonesia dari kedudukan ke-44, kini telah berada di kedudukan 32 daripada 117 negara.

Semasa taklimat akhbar mingguan secara maya pada hari Isnin, menteri berkata bahawa walaupun dilanda pelbagai halangan, Indonesia mampu mencapai peningkatan terbesar dalam kedudukan dunia iaitu sehingga 3.4 peratus.

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Berjaya pintas negara jiran Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand.

Di rantau Asia Pasifik, Indonesia telah berjaya merangkul kedudukan kelapan, malah berjaya memintas negara jiran Asia Tenggara seperti Thailand dan Malaysia, katanya.

“Asia-Pasifik adalah rantau yang mempunyai prestasi kedua tertinggi dalam sektor pelancongan di dunia, justeru kedudukan Indonesia boleh dianggap luar biasa,” kata Uno.

Tambah beliau, dia turut bersyukur di tengah-tengah pandemik itu, Indonesia masih mampu meraih pencapaian tersebut. Pencapaian itu dijangka membantu meningkatkan reputasi Indonesia dalam masyarakat antarabangsa.

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Justeru, dijangka pelabur akan berminat untuk membangunkan pelbagai destinasi pelancongan di Indonesia khususnya lima Super-Priority Destinations (DSPs), tambah beliau.

Difahamkan juga bahawa, DSP tersebut terdiri daripada Danau Toba di wilayah Sumatera Utara, Candi Borobudur di wilayah Jawa Tengah, kawasan Mandalika di wilayah Nusa Tenggara Barat, kawasan Labuan Bajo di wilayah Nusa Tenggara Timur, dan kawasan Likupang di wilayah Sulawesi Utara.

Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021
Naik 12 Tangga, Indonesia Berjaya Pintas Malaysia Dalam Indeks Pelancongan Dunia 2021

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo, mengetuai upacara ritual Kendi Nusantara pada Ahad di Titik Kosong, Kota Nusantara, yang terletak di Kalimantan Timur. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Gawai, 2 Kanak-Kanak Hilang Di Sungai Rajang Ditemui Mati Lemas
Next Article Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire [VIDEO] Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?