I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak

Oleh Nur Afifah 2 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan menyertai kursus ini!

Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak. Produk buatan sendiri atau bahasa mudahnya produk ‘homemade’ seringkali dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Disebabkan proses penghasilannya adalah segar dan tidak mengandungi banyak bahan pengawet dan perasa kimia buatan kilang, maka sesuatu produk yang dihasilkan biasanya bermutu tinggi dan lebih enak. Selain itu, produk ini juga seringkali diniagakan oleh usahawan kecil.

Isi Isi Penting
Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dengan menyertai kursus ini!Nak belajar buat roti? Sos dan jem? Semuanya ada!Jumlah penyertaan adalah terhad, mohon sekarangInspirasi untuk anda :

Tetapi, bagi mereka yang tidak tahu untuk bermula dari mana, ini ada satu berita baik untuk anda!

Nak belajar buat roti? Sos dan jem? Semuanya ada!

Pusat Latihan Agromakanan, Jabatan Pertanian Sarawak bakal menganjurkan Kursus Kemahiran Keusahawanan Agromakanan percuma untuk anda. Melalui siri kursus ini, anda berpeluang untuk mempelajari ilmu-ilmu dan kemahiran berkaitan penghasilan produk homemade seperti pembuatan roti, biskut, jem, rempah, pes, kerepek, sos dan macam-macam lagi.

Artikel Lain

Dengan 20 Booth Tawarkan Tuak Unik, Borneo Tuak Festival Diadakan Mulai Esok
Dengan 20 Booth Tawarkan Tuak Unik, Borneo Tuak Festival Diadakan Mulai Esok
Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri
Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri
Festival Telaga Air Kembali Dengan Regatta Bermula 1 Hingga 3 Disember Ini

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk mempelajari cara pengendalian makanan, proses pensijilan halal, MeSTI, GMP dan HACCP, dan banyak lagi.

Kebanyakan kursus yang ditawarkan juga dijalankan dalam masa 2 hari dan sesuai untuk individu yang berkelapangan pada hari bekerja.

Berikut merupakan senarai kursus yang boleh anda pilih sepanjang tahun 2021, sama ada secara teori mahupun amali.

Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak
Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak
Sumber : FB Jabatan Pertanian Sarawak
Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak
Sumber : FB Jabatan Pertanian Sarawak

Jumlah penyertaan adalah terhad, mohon sekarang

Setiap kursus hanya dibuka kepada 20 orang individu sahaja. Ruang penyertaan adalah terhad. Sekiranya anda berminat, jangan lupa untuk muat turun borang permohonan kursus, isi dengan lengkap dan hantar ke Pejabat Pertanian Bahagian/Daerah atau Bahagian Agromakanan Jabatan Pertanian Sarawak.

Muat turun borang permohonan di pautan berikut;

BORANG PERMOHONAN KURSUS AGROMAKANANDownload

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh berhubung terus dengan penyelaras Pusat Latihan di talian 082 – 610362.

Selamat menimba ilmu!

Inspirasi untuk anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Sedang Mencari Cara Untuk Beli Bekalan Vaksin COVID-19 Sendiri
Next Article Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?