• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak

Oleh
Ismail NA
2 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Wah! Bolehlah beli barang besar-besar lepas ni.

Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak. Jika anda membeli belah di laman sesawang Shopee, pasti anda berasa geram jika terdapat barangan kesukaan atau yang anda ingini tidak dapat dihantar kerana dihalang oleh kaedah penghantaran yang tidak tersedia. Kebiasaannya, perkara ini berlaku kepada barangan besar seperti perabot, betul tak?

Isi Isi Penting
  • Wah! Bolehlah beli barang besar-besar lepas ni.
  • Penghantaran percuma untuk barangan dengan berat 15 kg ke bawah
  • Perbandingan antara penghantaran laut dan udara di Shopee
  • Lagi artikel berkaitan yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Namun sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana Shopee telah menambah satu lagi kaedah penghantaran iaitu melalui penghantaran laut Shopee Express!

Penghantaran percuma untuk barangan dengan berat 15 kg ke bawah

Melalui kemas kini Shopee sempena jualan murah 3.3, pihaknya bakal menyediakan khidmat penghantaran laut dengan harga yang paling murah antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Malah, bagi setiap pembelian berjumlah 15 kilogram dan ke bawah, tiada cas penghantaran akan dikenakan, tertakluk kepada terma dan syarat. Paling penting, kalau nak dapat cas penghantaran PERCUMA, anda perlulah menggunakan baucar RM 15 Free Shipping yang boleh anda dapati di aplikasi Shopee anda.

Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak
Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak

Bagus gilak dah tok nak.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh membeli barangan besar dengan berat sehingga 70 kilogram. Kaedah ini lebih murah daripada penghantaran menggunakan kurier udara yang mana setiap barang belian anda (tentunya besar dan berat kurang daripada 70 kg) hanya dikenakan cas dalam anggaran RM 14 sahaja. Wow!

Walau bagaimanapun, sekiranya anda membeli barangan yang mudah rosak seperti makanan dan barangan sensitif terhadap haba, anda tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah penghantaran ini bagi mengelakkan sebarang kerugian.

Perbandingan antara penghantaran laut dan udara di Shopee

Bagi penghantaran laut menggunakan Shopee Express, anda akan mendapat penghantaran percuma bagi barangan dengan berat tidak melebihi 15 kg. Namun bagi kurier udara yang lain seperti Pos Laju, J&T, DHL dan Ninja Van, penghantaran percuma hanya diberikan untuk barangan tidak melebihi 1 kg. Penghantaran percuma ini pula khas untuk produk dengan harga minimum RM 15.

Namun, cas penghantaran pula lebih kurang sama.

Berikut kami lampirkan juga perbandingan sekiranya anda menggunakan khidmat penghantaran laut dan udara di Shopee;

Shopee Kini Menyediakan Penghantaran Laut Ekspres Ke Sabah Dan Sarawak

Untuk mendapatkan produk dengan penghantaran laut, penjual perlulah mengaktifkan kaedah ini pada tetapan mereka. Jadi, jika anda berhajat untuk beli perabot dan barangan bersaiz besar dengan harga yang lebih murah, rajin-rajinkan lah mencari produk yang menyokong penghantaran menggunakan kaedah ini, ya.

Lagi artikel berkaitan yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Buat Produk Homemade? Sertai Kursus Kemahiran Percuma Anjuran Jabatan Pertanian Sarawak
Next Article Ini Adalah Sebab Mengapa Vaksin COVID-19 Dapat Dicipta Di Bawah Satu Tahun Ini Adalah Sebab Mengapa Vaksin COVID-19 Dapat Dicipta Di Bawah Satu Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?