• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda

Oleh
ILB - AI
9 Mac 2022
Kongsi
7 Min Bacaan
Nak Menikmati Alam Semula Jadi Di Dataran Tinggi Sarawak? Lelaki Ini Kongsi Pengalamannya Untuk Kemudahan Anda

Ingin melawat datarang tinggi di Sarawak tapi tak tahu mula dari mana?

Terdapat pelbagai tempat menarik di Sarawak yang boleh dijadikan tempat percutian dan dataran tinggi Sarawak merupakan antaranya.

Bagi mereka yang tidak tahu, dataran tinggi di Sarawak sering merujuk kepada kawasan pergunungan di bahagian paling utara Sarawak yang terdiri daripada Bario, Lawas, Ba’kelalan dan antara lain. Tempat asal kepada orang Kelabit dan Lun Bawang, kampung-kampung di tanah tinggi Sarawak adalah satu kemestian untuk orang ramai alami.

Minat nak pergi tapi bagaimana pula merancang?

Jika anda ingin melawat dataran tinggi di Sarawak tetapi tidak tahu bagaimana merancangnya, seorang lelaki dari Kuching berkongsi pengalamannya untuk kemudahan anda!

Seorang individu bernama Muhammad Fuad berkongsi di Facebook cadangan jadual untuk mereka yang ingin melawat kawasan-kawasan di dataran tinggi Sarawak bagi menikmati alam semula jadi di sana!

Muhammad Fuad di lapangan terbang Bario. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Miri – Lawas – Ba’kelalan

Pertama sekali, anda perlu pergi ke Miri terlebih dahulu kerana ia adalah bandar terdekat untuk bertolak ke tanah tinggi. Dari sini, anda boleh terbang ke Lawas untuk memulakan perjalanan anda di sekitar tanah tinggi Sarawak!

Pada hari petama Muhammad Fuad, beliau bersama rakan-rakannya bermalam di Lawas setelah tiba dari Miri. Untuk hari seterusnya, mereka bertolak ke Ba’kelalan menggunakan kenderaan 4×4, dengan bayaran RM800 untuk satu kereta. Anda boleh menempah perkhidmatan ini terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan anda.

Untuk pengalaman Muhammad Fuad, beliau telah mengambil pakej iaitu 4 hari 3 malam, di mana beliau bersama rakan-rakannya menginap di Kampung Buduk Nur Owl House kepunyaan Encik Andy.

Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Pada hari ketiga pula, beliau bersama rakan-rakannya pergi ke sebuah view point yang hanya mengambil masa 30 – 45 minit. Mereka kemudian pergi ke sebuah salt spring pada waktu tengah hari untuk melihat dan mempelajari bagaimana garam dihasilkan.

Tempat pemprosesan garam masyarakat Lun Bawang. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Hari mereka diakhiri dengan bermandi-manda dan berkelah di sebuah anak sungai, dengan hidangan makanan tradisional iaitu nasi kukus adan sambil berpanggang ikan. Macam best!

Nasi kukus beras adan. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook
Muhammad Fuad dan rakan-rakannya membuat api sendiri. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Untuk hari seterusnya, Muhammad Fuad dan rakan-rakannya bertolak ke Kampung Long Langai, yang kebetulan sedang mengalami musim buah-buahan. Jadi jika anda teringin menikmati buah-buahan dari Lawas, ia adalah lebih baik untuk pergi semasa awal tahun!

Tuan rumah menyuruh mereka untuk menjolok buah rambutan. Kebetulan pada masa mereka berada di sini, ia adalah musim buah-buahan! Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

BA’KELALAN – BARIO

Destinasi seterusnya ialah Bario. Untuk pengetahuan anda, anda hanya dapat pergi ke Bario dari sebelah pagi sehingga tengah hari sahaja – tiada penerbangan ke Bario teredia selepas tengah hari. Hal ini kerana keadaan cuaca di Bario sentiasa berangin dan ia dikatakan angin semakin kencang selepas tengah hari jadi untuk terbang ke sini selepas waktu tengah hari adalah sesuatu perkara yang tidak selamat. Satu perkara yang menarik adalah perkataan ‘Bario’ bermaksud ‘angin’ dalam Bahasa Kelabit!

Sebaik sahaja Muhammad Fuad dan rakan-rakannya tiba di Bario pada waktu tengah hari, mereka dibawa oleh hos mereka menggunakan motosikal ke beberapa tempat menarik iaitu:

  • Salt spring
  • Wind chapel
  • Muzium Komuniti Bario
  • Twin Pioneer Wreckage – serpihan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer CC yang berlaku pada tahun 1964 di landasan lapangan terbang Bario.
Pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer CC yang terkandas pada tahun 1964. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Pada hari seterusnya, mereka mendaki Prayer Mountain untuk melihat pemandangan awan karpet – di sini juga satu viewpoint yang menarik, sesuai untuk mereka yang ingin melihat matahari terbit! Anda turut boleh melihat seluruh Bario dari viewpoint ini.

Pemandangan Bario diselimuti awan. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Satu lagi tempat menarik untuk melawat ialah rumah panjang tertua di Bario iaitu Rumah Panjang Bario Asal. Selepas anda melawat Rumah Panjang Bario Asal, anda boleh sekali melawat ladang strawberi dan nanas – perisa nanas di sini dikatakan lebih manis berbanding dengan nanas yang ditanam di tempat lain! Jika anda ingin mencuba, anda boleh cuba memakan nanas anda dengan garam Kelabit (garam buatan Bario) untuk menikmatinya as original as you can!

Di tawa’ (ruai) rumah panjang Bario Asal. Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook
Nikmati strawberi hasil tanaman di tanah tinggi Bario! Kredit foto: Muhammad Fuad via Facebook

Jika anda mahu, anda juga boleh melawat kampung berhampiran seperti Pa Umor dan Pa Ramapuh namun ia adalah lebih baik untuk merancang pergi ke kampung-kampung ini beberapa hari sebelum anda bertolak dari Bario.

Untuk hari terakhir di Bario, Muhammad Fuad dan rakan-rakannya meluangkan masa pagi di pekan Bario, menikmati hasil kraftangan tradisional dan produk tempatan sebelum bertolak ke Miri.

BARIO – MIRI

Setelah berakhirnya lawatan di Bario, Muhammad Fuad dan rakan-rakannya bertolak ke Miri. Untuk mereka, mereka bermalam di Miri terlebih dahulu sebelum membuat penerbangan kembali ke Kuching pada hari seterusnya.

Secara keseluruhannya, Muhammad Fuad dan rakan-rakannya meluangkan masa selama 8 hari untuk melakukan lawatan di sekitar tanah tinggi Sarawak.

Berapa perlu disediakan

Berikut adalah senarai perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Muhammad Fuad untuk membuat lawatannya ke tanah tinggi Sarawak:

PENERBANGAN

KUCHING – MIRI (AIRASIA) = RM13

BA’KELALAN – BARIO (MASWINGS) = RM107

MIRI – KUCHING = RM13

TRANSPORTASI DARAT

1 UNIT 4X4 LAWAS – BA’KELALAN = RM800

PENGINAPAN

ANDY OWL HOUSE BA’KELALAN = RM650 PER PAX (4 HARI 3 MALAM) [TERMASUK MAKANAN]

BARIEW LODGE BARIO = RM300 PER PAX (3 HARI 2 MALAM) [TERMASUK MAKANAN]

PERBELANJAAN SENDIRI

HOTEL DI LAWAS = RM50 PER PAX

HOTEL DI MIRI = RM50 PER PAX

Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Fuad kerana membenarkan kami untuk berkongsi pengalamannya menerusi I Love Borneo. Semoga maklumat ini memanfaatkan anda jika anda teringin melawat dataran tinggi Sarawak!

Ia adalah satu pengalaman yang menarik untuk melawati tempat bertanah tinggi seperti ini – semestinya anda akan menikmati pemandangan dan pengalaman indah apabila anda berada di kampung-kampung ini. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak, ok?

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article View 360 Darjah, Jom Tonton Persembahan Teater ‘Behind The Intimate Wall’ Di Think & Tink Kuching
Next Article TERKINI : Kluster CITRAWARNA Diumumkan Di Sarawak, Catat 21 Kes Positif Setakat Ini TERKINI : Kluster CITRAWARNA Diumumkan Di Sarawak, Catat 21 Kes Positif Setakat Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?